Usop kecewa pelakon senior ‘buat muka’

Usop kecewa pelakon senior ‘buat muka’

Ternyata keputusan diambil penyanyi Usop, 25, untuk beralih ke bidang lakonan mengundang pelbagai reaksi penggiat industri berkenaan.

Ini kerana, Usop atau nama sebenarnya, Muhamad Saiful Naim Mohd Noor mendakwa, ada pelakon berstatus ‘senior’ yang dilihat seolah-olah tidak senang dengan kehadirannya di lokasi penggambaran.



Jelas Usop, mungkin disebabkan dirinya yang masih mentah menyebabkan ada individu yang tidak sudi bekerjasama dengannya, namun apa yang dilakukan hanya untuk mencari rezeki.

“Semasa saya berlakon drama, ada seorang pelakon ini macam ‘kerek’ (berlagak) sikit. Ketika itu, saya baru selesai program realiti, Big Stage dan terus dapat tawaran berlakon, jadi saya masih baru dalam bidang ini.

“Pelakon ini sudah bertaraf senior, tetapi caranya agak berlagak, tetapi saya tiada masalah. Saya masuk dalam bidang lakonan pun untuk mencari rezeki.

“Ada masa bila kami saling berhadapan, pelakon ini akan ‘buat muka’, seolah-olah tak suka dengan kehadiran saya. Sekali itu sahaja kami pernah bekerja sekali,” katanya kepada BH Online.



Pada masa sama, Usop tidak menafikan ada yang mempertikaikan keputusannya beralih bidang, malah berhadapan dengan pelbagai perkara saat menjalani penggambaran.

Bagaimanapun, naib juara program realiti, Mentor Milenia 2017 dan Big Stage 2020 itu berkata, masih ramai yang sudi memberikan tunjuk ajar sepanjang membawa diri menjadi pelakon.

“Saya tetap berterima kasih kepada pelakon lain kerana ada yang masih sudi memberikan tunjuk ajar merangkumi cara berlakon, melontarkan dialog dan sebagainya.

“Kalau macam itu saya suka, janganlah berlagak walaupun dengan pendatang baharu. Kita ini sesama manusia, mati nanti akan tanam juga,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Mat Kola arahan Hafiz Nafiah.



Selain Usop, filem terbitan AA Success Pictures Sdn Bhd itu turut dibintangi Azman Ahmad, Taiyuddin Bakar, Ropie, Rozita Che Wan, Putri Hanan dan ramai lagi. Ia menemui penonton di pawagam sejak Khamis lalu.

Usop berkata, perkara itu sama sekali tidak melunturkan semangatnya, malah menganggap sekiranya masih diberi peluang, dirinya akan teruskan.

“Saya tidaklah ada rasa trauma untuk terus membawa diri dalam bidang ini sebab saya diajar sejak menyertai program Mentor Milenia lagi.

“Ketika itu macam-macam sudah saya lalui untuk menjadi individu yang terus kuat sampailah ke tahap ini. Saya sudah belajar banyak perkara dan jumpa dengan ramai orang.



“Kalau soal rezeki ini saya akan ambil sahaja, tetapi buat masa ini, tumpuan lebih kepada menyanyi. Kalau ada lagi saya terima,” katanya. BH

Usop kecewa pelakon senior ‘buat muka’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?



Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

Pentas akhir AGT: Putri Ariani hanya dapat tempat ke-4

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker