Ucapan Nourul Depp buat Ayu bikin netizen sebak

Ucapan Nourul Depp buat Ayu bikin netizen sebak

Penyanyi Nourul Depp sebelum ini pernah mengundang kontroversi gara-gara nada satu hantaran Instagram miliknya yang dikatakan ‘merajuk’ dengan anak sulung, Ayu Nazirah.

Dia kemudian tampil menafikan mengenai perkara itu dan berkata mereka berdua tidak bermasam muka ataupun bergaduh seperti yang disangkakan netizen.



Terbaru, penyanyi yang kini menetap di Bali, Indonesia bersama keluarganya ada mengimbas kembali saat dia dimasukkan ke hospital bagi urusan pembedahan buang rahim dan ditemani anaknya itu.

7 September 2020- 15 September 2020. Diuji. Tapi sakitnya beza. Selepas 6 jam operasi hysterectomy. Belajar dari ujian. Alhamdulillah ada yang menjaga sebaiknya.

Anak sulungku menjaga walaupun di hari sambutan hari lahirnya. Anak yang baik. Sangat indah waktu. Aku masih miliki kamu.

Tulisnya lagi, ruang kehidupan yang dimiliki Ayu adalah miliknya dan anaknya boleh melakukan apa saja.



Ruang yang dicari, ruang yang dimiliki. Tapi berjagalah. Adakala ruang yang kita miliki, dicerobohi tanpa kita sedari.
Nourul depp

Ruang kamu miliki, hak kamu. Buatlah apa sahaja yang mahu. Tapi ingatlah, ruang itu bisa digunakan orang lain samada untuk kebaikan atau sebaliknya.

Sekadar info, Ayu merupakan anak hasil perkahwinan Nourul Depp bersama komposer terkenal, Ajai.

Setelah bercerai dengan Ajai pada tahun 2007, Nourul mendirikan rumah tangga bersama warga Perancis, Eric Daniel Depp dan dikurniakan tiga orang anak.



Ucapan Nourul Depp buat Ayu bikin netizen sebak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Arak memang dihidangkan – Syasya Dolla



Pengacara popular tak bayar gaji staff?

Ustaz Wadi tegur usahawan kosmetik maki suami (Video)



Cerdik ke bodoh? Seharian beratur beli makanan viral



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker