Susah kalau ramai kurang ajar dalam penulisan di Facebook

DUA tahun negara dilanda pandemik Covid-19 dan sejak 18 Mac tahun lepas lagi, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hari ini bergelar Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah tampil di kaca televisyen secara langsung untuk memberikan penjelasan tentang apa yang perlu rakyat Malaysia lakukan untuk memutuskan rangkaian Covid-19.

Ya benar setiap hari Dr. Noor Hisham tampil secara langsung di kaca televisyen memberi makluman tentang kes-kes Covid-19, kluster itu dan kluster ini selain daripada mengingatkan masyarakat agar mengikuti SOP.

Apakah SOP itu? Perlukah ulang lagi dan lagi walhal kita semua sudah tahu dan diberitahu serta diingatkan setiap hari terutamanya memakai face mask apabila berada di tempat orang ramai atau awam, jaga jarak sekurang-kurangnya satu meter, gunakan face shield dan kerap menggunakan hand sanitizer ataupun cuci tangan.



Jadi, dua hari lepas, mungkin pihak KKM penat melayan karenak rakyat Malaysia yang seolah-olah tidak reti bahasa ataupun kerana keletihan berhadapan dengan perangai rakyat Malaysia yang akan marah jika dikatakan berfikiran seperti negara dunia ketiga.

Dalam cuba memberikan jawapan yang berhemah dan berbudi bahasa, agaknya terlepas jugalah KKM dengan posting di laman rasmi Twitter dan Facebook mereka yang berbunyi agak kasar apabila dibaca dengan nada kasar.

Agaknya kalau nada membacanya diubah dengan nada lembut, apakah ia akan tetap berbunyi kasar?

Jika betul, seperti mana catatan Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil di laman facebooknya dua hari lepas, pihak KKM perlulah lebih bersikap professional dalam menjawab keluhan rakyat.



Dalam erti kata lain, jangan penat melayan karenah rakyat walaupun kakitangan KKM sendiri sudah rasa penat yang teramat sangat.

“Sebagai kerajaan, tidak boleh sentap, koyak atau emosi walau apapun yang diadukan atau dilontarkan oleh rakyat yang meluahkan kekecewaan mereka,” catat Isham.

Sehingga hari ini, posting itu mendapat 1.8k tanda emoji dengan lebih 263 komen dan 95 perkongsian di facebook Isham Jalil. – SM



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker