Selepas empat tahun digantung, Iannone kembali beraksi di GP Malaysia
Selepas empat tahun digantung, Iannone kembali beraksi di GP Malaysia
Kuala Lumpur: Andrea Iannone akan kembali ke MotoGP buat kali pertama sejak digantung empat tahun akibat kegagalan doping apabila dia diberi peluang berlumba untuk pasukan Ducati-VR46 milik Valentino Rossi minggu ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Pelumba berusia 35 tahun itu menggantikan rakan senegara, Fabio Di Giannantonio, yang akan terlepas dua perlumbaan terakhir tahun ini kerana menjalani pembedahan bahu.
“Saya rasa satu penghormatan kerana mereka mengingati saya dan merasakan bahawa saya harus segera menerima peluang ini sebaik sahaja ia ditawarkan kepada saya.
“Cabaran ini memang agak gila, kompleks dan mencabar kerana saya sudah lama tidak menunggang motosikal dalam kategori ini tanpa melakukan sebarang persiapan,” kata Iannone dalam satu kenyataan.
Iannone sebelum ini didapati positif menggunakan steroid anabolik dalam ujian air kencing ketika tahun 2019, secara kebetulan di MotoGP Malaysia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?
Dia berhujah bahawa kehadiran drostanolone dalam badannya berpunca daripada daging tercemar yang dimakannya.
Iannone pada awalnya digantung selama 18 bulan tetapi tempoh itu dinaikkan kepada empat tahun pada tahun 2020 oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan.
Pelumba sudah boleh kembali berlumba pada permulaan musim ini dan bersaing dalam Kejuaraan Superbike Dunia.
“Dia adalah rakan baik keluarga VR46, baik saya mahupun Vale (Rossi).
“Kami sangat gembira menyambutnya ke Pertamina Enduro VR46 Racing Team dan melihatnya kembali di atas motosikal MotoGP,” kata pengarah pasukan, Alessio Salucci.
Selepas empat tahun digantung, Iannone kembali beraksi di GP Malaysia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib perlu jawap pertuduhan, keputusan yang sudah dijangkaÂ
- Kenapa KJ Tak Dedahkan Apa Peranan Beliau Sepanjang Menjadi Ketua Pemuda UMNO?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET