Harimau belang mati dilanggar di LPT

Harimau belang mati dilanggar di LPT

Seekor harimau belang jantan dewasa dilaporkan mati akibat dilanggar kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Kilometer 50.8 arah Kuala Lumpur pada Khamis.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Rozidan Md Yasin mengesahkan perkara itu dan memaklumkan kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 1.23 pagi.



“Harimau jantan itu dianggarkan seberat 130 kilogram dan berusia empat tahun berdasarkan saiz tubuh haiwan berkenaan.

“Berdasarkan jangkaan awal, haiwan itu (dipercayai) dari Hutan Simpanan Bukit Tinggi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau memberitahu bangkai harimau belang itu sudah diambil oleh pihaknya awal pagi Khamis bagi tindakan selanjutnya.

Sebelum itu, tular satu rakaman berdurasi 28 saat di laman sosial berhubung penemuan bangkai harimau yang dipercayai dirempuh kenderaan.



Kejadian tersebut tular menerusi perkongsian video dirakam oleh pengguna yang melalui jalan tersebut ketika insiden berlaku. Sinar

Harimau belang mati dilanggar di LPT

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kid dan Din tipu, Denden terperangkap – Amy

Netizen kecam Ning Baizura tak kenal Rafah



Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz

Geng bertopeng bagi ikan Siakap percuma (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker