RM19 juta untuk tutup siasatan penggubahan wang haram
RM19 juta untuk tutup siasatan penggubahan wang haram
Lembaga Pengarah Consortium Zenith Beijing Urban Construction Bhd (CZBUCG) memberitahu Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini bahawa mereka tidak membuat tuntutan sivil berhubung penyerahan RM19 juta kepada Lim Guan Eng sebaliknya kepada ahli perniagaan, G Gnanaraja.
Perkara itu dipersetujui bekas pengarah CZBUCG, Ibrahim Sahari, 58, ketika pemeriksaan balas oleh peguam, Tiara Katrina Fuad yang mewakili bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu, Lim Guan Eng.
Ibrahim yang juga saksi pendakwaan ke-29 itu juga bersetuju wang itu diberikan kepada Gnanaraja untuk menutup siasatan pengubahan wang haram terhadap seorang lagi bekas pengarah syarikat itu, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dan CZBUCG.
Tiara Katrina: Saya katakan wang itu tidak pernah sebenarnya diberikan kepada Guan Eng, termasuk RM2 juta pada Ogos 2017. Berdasarkan keterangan bersumpah Ibrahim di (Mahkamah) Shah Alam (membabitkan kes menipu dihadapi Gnanaraja), setuju atau tidak?
Ibrahim: Pada masa itu hanya timbul isu penipuan oleh Gnanaraja pada mesyuarat lembaga pengarah, tiada apa-apa (dibangkitkan) berkenaan kes Guan Eng.
Tiara Katrina: Saya cadangkan kepada kamu sebab tuntutan sivil tidak dibuat kepada Guan Eng kerana wang itu tidak pernah diberikan kepada beliau (Guan Eng), setuju atau tidak?
Ibrahim: Pada masa itu tiada isu berkenaan dengan Guan Eng.
Tiara Katrina: Setuju atau tidak? Ini kes anak guam saya, kesnya adalah RM2 juta tidak pernah diberikan kepada beliau? Kamu setuju, tidak setuju, tahu atau tidak tahu?
Ibrahim: Hanya Zarul yang tahu, saya tidak tahu.
Pada 20 Julai lalu, seorang saksi penting dalam kes rasuah dihadapi Lim Guan Eng dilaporkan menafikan diajar menukar cerita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung RM2 juta yang didakwa dibayar kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Bekas Naib Presiden Kanan, Kewangan dan Perkhidmatan Korporat CZBUCG, Azli Adam dipetik berkata, beliau tidak pernah diajar menukar cerita sama ada oleh SPRM, timbalan pendakwa raya atau mana-mana pihak dalam siasatan untuk mengaitkan Guan Eng dengan kes rasuah berkenaan.
Guan Eng, 63, berdepan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang di Tingkat 28, Komtar, George Town, antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu sebagai penghargaan mendapatkan projek terbabit.
Pengerusi DAP itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011.
Dia turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik Kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut terbabit.
Sementara itu, dalam pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Ibrahim mengesahkan ketika siasatan ada ditunjukkan gambar Guan Eng, Zarul dan Gnanaraja di rumah ahli perniagaan berkenaan.
Wan Shaharuddin: Awak tahu tak gambar perjumpaan itu pada jam 3 hingga 4 pagi di rumah Gnanaraja?
Ibrahim: Tidak tahu.
Wan Shaharuddin: Bukan berjumpa di pejabat, kena janji temu tetapi berjumpa di rumah Gnanaraja. Itu diberitahu pihak SPRM dengan menunjukkan gambar berkenaan?
Ibrahim: Ya, betul.
Pada 24 Jun tahun lalu, Zarul Ahmad dilaporkan mengaku menggunakan orang tengah untuk menyerahkan RM2 juta yang diberi nama ‘coklat’ kepada Guan Eng, kerana bimbang memegang wang tunai dalam jumlah banyak.
Beliau dipetik berkata, Guan Eng memintanya menggunakan perantara jika ingin memberikan wang itu kerana tidak mahu membabitkan ahli perniagaan berkenaan akibat bimbang dipantau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). HM
RM19 juta untuk tutup siasatan penggubahan wang haram
Baca Artikel Menarik:
- Pelajar kolej cabul junior dalam tandas, asrama didakwa
- JKM tolonglah saya – Zaiton Sameon
- Che Ta jawab dakwaan Rosyam
- Zarina, Khazrul sama gila
- Kenapa tak pisah kuasa AG, pendakwaan ketika berkuasa – Azalina
- Fitnah jahat, Ebit Lew lapor polis
- Mahathir PM11?
- Demo ‘talian hayat’ PN untuk tarik simpati rakyat
- Pemilik bengkel maut ditembak dalam trak pikap di Machang
- Anggota JPJ tertonggeng dirempuh penunggang motosikal disenarai hitam [VIDEO]
- Jadi penasihat Menteri Besar PAS, Mahathir jilat ludah sendiri
- Berang digelar dukun palsu, pengamal paranormal bunuh suami isteri
- Fasha tak hairan, ramai ‘follow’ dari ‘unfollow’
- Dia tutup langsir, tarik kain jubah – Mondy
- Diva AA dakwa disihir artis pakai bulu mata lebat dan ada anak sundal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pramugari cekup pasangan beromen dalam tandas pesawat [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.