Abang besar buat hal

Abang besar buat hal

Kuala Berang: Kira-kira 30 pekebun di Kampung Hulu Sat, dekat sini, mengalami kerugian lebih setengah juta ringgit berikutan tanaman mereka dirosakkan sekumpulan gajah liar.

Wan Mamat Wan Endut, 49, berkata, dia mengalami kerugian lebih RM30,000 selepas kebun sawit miliknya seluas satu hektar dirosakkan mamalia berkenaan.



Katanya, sejak tiga bulan lalu muncul gajah liar merosakkan tanaman sawit dan buah-buahan milik penduduk di kampung ini dan kejadian ini kali pertama berlaku dalam kalangan penduduk setempat.

“Kalau ikutkan tahun depan saya mula memperoleh hasil berikutan sawit sudah berusia lebih tiga tahun namun musnah dalam sekelip mata.

“Saya harap pihak berkenaan mengambil langkah sewajarnya bagi mengelak kejadian berlaku secara berterusan,” katanya.

Jirannya, Mohd Hilmi Malik, 50, yang kerugian kira-kira RM40,000 mengakui kecewa tanaman sawitnya musnah yang hanya menunggu dua tahun lagi untuk mengeluarkan hasil.



“Kehadiran sekumpulan tujuh hingga lapan gajah liar melenyapkan keseluruhan kawasan kebun.

“Kami bimbang untuk melakukan tanam semula kerana memerlukan peruntukan kewangan yang besar selain risiko pokok ditanam dirosakkan gajah lagi selepas ini,” katanya.

Menurutnya, kira-kira 30 pekebun terbabit dalam permasalahan ini dan kerugian dianggarkan melebihi RM500,000 akibat kemusnahan pokok sawit dan buah-buahan.

Nasib sama turut dilalui Mohd Zahri Sulaiman, 69, apabila mengalami kerugian kira-kira RM10,000.



“Nak tanam ambil masa yang lama namun dalam sekelip mata semuanya musnah akibat dirosakkan gajah liar,” katanya.

Sementara itu, pekebun buah-buahan Normawati Sabda, 53, berkata, dia terdengar gajah meraung ketika bersama ahli keluarga di kebun.

“Habis pokok buah-buahan yang ditanam dirosakkan sekumpulan gajah liar,” katanya. HM

Abang besar buat hal



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Intan Najuwa jadi ‘harimau’ lepas kahwin



Ira Kazar makin hari makin disayangi

Pramugari cekup pasangan beromen dalam tandas pesawat [VIDEO]



5 vokalis wanita lokal alaf milenium paling ‘digeruni’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker