Pemilik bengkel maut ditembak dalam trak pikap di Machang

MACHANG – Seorang pemilik bengkel maut dipercayai terkena beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh sekumpulan lelaki yang menaiki dua buah kereta, di depan sebuah premis alat ganti kenderaan di Kampung Hutan Kuin, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa, Mohd. Faiz Zahari, 37, meninggal dunia di tempat duduk pemandu sebuah trak pikap jenis Mitsubishi Triton.

Saksi kejadian, Mohd. Zulkarnain Abdullah, 27, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas terdengar tiga das tembakan secara berturut-turut.

Menurutnya, ketika itu, dia berada di dalam kedai runcitnya yang terletak beberapa meter dari lokasi kejadian.

“Saya terus bergegas keluar dan mendapati dua buah kereta memecut laju selepas bunyi tembakan itu.

“Saya keluar dari kedai dan menjenguk ke dalam Mitsubishi Triton itu, sebelum mendapati seorang lelaki berlumuran darah dan sudah tidak sedarkan diri,”

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA

Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu

Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker