Media City ikon penyiaran teknologi digital negara – Ismail

Media City ikon penyiaran teknologi digital negara – Ismail

Kewujudan bangunan Media City akan menambah satu lagi ikon penyiaran iaitu ikon penyiaran teknologi digital Malaysia.

Perkara itu menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, turut menjadi turut menjadi simbolik kejayaan kerjasama strategik sektor awam dengan sektor swasta.



Jelas beliau, inisiatif tersebut akan mewakili pembaharuan dan sudut pandang baharu RTM iaitu menggerakkan kerjasama ke arah komersial.

Katanya, pembangunan Media City merupakan antara langkah strategik kerajaan untuk merangsang perkembangan dan pembangunan industri penyiaran dalam negara.

“Saya harap, dengan adanya bangunan ini, langkah-langkah susulan dapat dibuat supaya standard penyiaran Malaysia tidak ketinggalan dan setanding dengan standard amalan di rantau ASEAN dan antarabangsa.

“Selain itu, peningkatan persaingan dengan bertambahnya penyiar dan pemain industri akan menggalakkan kerjasama yang dapat membangunkan kreativiti dan mewujudkan persaingan sihat dalam penerbitan kandungan,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Media City Angkasapuri hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, kehadiran Media City sebagai simbol penyiaran negara bukan sesuatu yang dihadkan kepada kewujudan sebuah bangunan secara fizikal sahaja.

Beliau berkata, teknologi yang dibawa bersama pembangunan itu wajib dioptimumkan penggunaannya dalam penghasilan kandungan, siaran radio dan televisyen yang lebih jelas di samping penyampaian maklumat dan hiburan kepada rakyat.

Katanya, kerajaan akan sentiasa menyokong inisiatif yang bersifat mesra-rakyat dan mesra-pemegang taruh dalam usaha memenuhi kehendak rakyat dan menyempurnakan amanah rakyat, di samping memberi pulangan positif kepada negara.



“Rakyat berhak menerima maklumat yang tepat dan sahih, sebagaimana yang dijanjikan oleh RTM, selain hiburan yang berkualiti, dan tanggungjawab ini wajib disampaikan secara berterusan.

“Kejayaan pembangunan Media City ini adalah contoh kejayaan kerjasama sektor awam dan swasta yang akan diteruskan untuk projek-projek pembangunan lain dalam pelbagai bidang di negara ini.

“Langkah ini bagi memastikan Malaysia membangun dengan jayanya serta memberi manfaat kepada semua pihak,” katanya. Utv


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir



Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker