Aisar Khaled payung ‘rider makanan’ motosikal baharu selepas motorsikal lama disita JPJ [VIDEO]

 

Kurang 24 jam tular, penghantar makanan yang pulang berjalan kaki selepas motosikalnya disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika sekatan dibantu pempengaruh, Aisar Khaled.

Melalui beberapa hantaran di Facebook Aisar, pempengaruh itu telah membawa penghantar makanan terbabit ke sebuah kedai dipercayai bagi membeli motosikal baharu untuk lelaki tersebut.

“Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.  Walau apa pun. Rancangan Allah itu lebih baik,” tulisnya.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan di mana lokasi kedai motosikal tersebut.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna memuji tindakan Aisar yang bermurah hati membantu penghantar makanan berkenaan.

“Terus menjadi orang baik. Semoga dipermudahkan segala urusan beri kesihatan yang baik murah rezeki selalu,” kata Ayip.

“Syukur Alhamdulilah ada orang prihatin.. Moga murah rezeki Aisar Khaledd,” kata Nur Adlina.

“Alhamdulillah ada yang bantu. Harap abang rider tak lupa ‘renew’ lesen juga,” kata Mohd Nizam.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang penghantar makanan terpaksa pulang berjalan kaki selepas motosikalnya disita JPJ.

Susulan itu, JPJ mengesahkan sitaan terhadap kenderaan milik penghantar makanan terbabit berikutan tiada lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans. – KOSMO! ONLINE

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri

Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)

Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)

Mondy dakwa Ebit Lew kotor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker