Itu hanya cakap Isham, bukan pendirian UMNO

Itu hanya cakap Isham, bukan pendirian UMNO

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menyifatkan cadangan supaya UMNO bertanding sendiri dalam pilihan raya tanpa Pakatan Harapan (PH) hanyalah pendapat peribadi pemimpin parti itu.

Anthony yang juga Menteri Pengangkutan, berkata cadangan daripada Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil itu bukanlah pendirian rasmi parti berkenaan.

“Itu Isham Jalil yang cakap, bukan UMNO yang cakap…ia tidak mewakili UMNO, hanya seorang pemimpin sahaja,” katanya pada sidang media laluan Kontra Rapid KL No 3, di Hentian Bas KL1937 LRT Masjid Jamek, di sini hari ini.

Sebelum ini, Isham dilaporkan berkata, beliau tidak pernah bersetuju bahawa UMNO perlu bertanding di pilihan raya bersama dengan PH.

Sebaliknya beliau hanya bersetuju UMNO bergabung dengan PH untuk membentuk Kerajaan Perpaduan seperti dititah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.

Sebelum ini, Isham juga dilaporkan berkata, Barisan Nasional (BN) kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, minggu lalu.

Prestasi UMNO dalam pilihan raya dilaporkan semakin buruk, dikaitkan dengan kerjasama dengan DAP.

Malah sebelum ini, UMNO hanya berjaya meraih 19 kerusi daripada lebih 100 kerusi yang ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, Ogos lalu. BH

Itu hanya cakap Isham, bukan pendirian UMNO

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mana Malique sembunyi?

Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania

Aslam, jom jumpa

Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker