Selesa ‘Photoshoot’ Berbogel, Cindy Crawford Ditegur Kerana Menolak Memakai Turban

Cynthia Ann Crawford adalah model, pelakon dan ahli perniagaan yang berasal dari Amerika. Pada tahun 1980-an dan 1990-an, Crawford adalah antara supermodel paling popular.

Kerjaya pemodelannya yang berjaya selama bertahun-tahun menjadikannya sebagai salah seorang selebriti antarabangsa.

Ditegur Kerana Bersuara Di Set

via Daily Post

Baru-baru ini supermodel Cindy Crawford telah menceritakan pengalamannya bekerja dalam bidang permodelan termasuklah ‘photoshoot’ yang melibatkan dia tidak berpakaian.

Menurut halaman Express, model Amerika berusia 54 tahun itu berbicara mengenai ‘photoshoot’ yang pernah dilakukan olehnya. Dia pernah ditegur kerana menyuarakan pandangan ketika di set ‘photoshoot’.



Selesa Dengan ‘Photoshoot’ Berbogel

via Daily Front Row

Cindy menyatakan bahawa dia telah melakukan banyak ‘photoshoot’ yang memerlukannya tidak berpakaian malah dia juga pernah melakukan ‘photoshoot’ untuk majalah Playboy Bersama Herb Ritts dan dia merasakan sangat selesa ketika di set.

Menolak ‘Photoshoot’ Untuk Memakai Turban

via Teen Vogue

Menurut halaman Express, Cindy menyatakan bahawa dia pernah menolak untuk bergambar memakai turban dan penolakannya itu tidak disukai oleh salah seorang krew disitu.

“Saya Ingat Sampai Ke Thailand Dan Dia Mahu Saya Memakai Turban Untuk Gambar Pertama. Pada Masa Itu Saya Fikir, Saya Tidak Pasti Lelaki Yang Membaca Sports Illustrated Berpendapat Bahawa Turban Sangat Seksi, Dan Saya Menyuarakannya Dan Dia Tidak Menyukainya.”

Cindy berkahwin dengan ahli perniagaan dan bekas model Rande Gerber. Pasangan itu yang berkhawin pada tahun 1998, mempunyai anak lelaki Presley dan anak perempuan Kaia.-Murai.my

Anak Taikun Ditemui Mati Berbogel, Nekad Terjun Bangunan Bersama Bayi Dalam Pelukan



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker