Pemimpin PH dakwa keputusan kes Zahid buat kempen di Pulai buntu

PULAI: Pemimpin akar umbi Pakatan Harapan (PH) di Pulai buntu tentang cara menerangkan kepada pengundi mengenai pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) Zahid Hamidi daripada tuduhan rasuah.

Seorang pemimpin akar umbi PKR, yang enggan namanya disiarkan berkata, mereka tidak pasti bagaimana untuk menjawab soalan orang ramai mengenai keputusan mahkamah pada Isnin yang menghentikan perbicaraan presiden Umno itu yang telah berjalan selama empat tahun.

“Apabila kita dekati pengundi, soalan pertama mereka tanya adalah tentang DNAA Zahid dalam kes Yayasan Akalbudi,” kata sumber itu kepada FMT.



“Apabila kita beritahu itu keputusan mahkamah, tiada kena mengena dengan politik atau ahli politik, mereka seolah-olah tak percaya.

Tambahnya, pemimpin akar umbi lain turut berkongsi sentimen sama.

Sumber itu juga tidak menolak kemungkinan pengundi bukan Melayu, yang mewakili 48% daripada 165,700 pengundi di sini, mungkin memboikot pilihan raya kecil (PRK) kali ini kerana mereka berasa “tertipu dengan PH”.

“Tak boleh salahkan mereka (pengundi) juga, kerana pada PRU, kita janji akan sumbat Zahid dalam penjara, tetapi kini keadaan sudah berubah,” katanya.



Zahid, yang didakwa menyeleweng jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi dan menerima rasuah untuk pelbagai projek sepanjang menjadi menteri dalam negeri antara 2013 dan 2018, dilepas tanpa dibebaskan pada Isnin atas permohonan pihak pendakwaan.

Sementara itu, seorang pemimpin akar umbi Amanah turut menjangkakan peratusan keluar mengundi lebih rendah, tetapi lebih kepada kerana kelesuan pilihan raya.

“Orang Johor letih dengan pilihan raya. Kita buat dua pilihan raya tahun lepas, beza hanya beberapa bulan – pilihan raya negeri dan umum,” katanya.

Sumber itu turut mengakui bahawa golongan bukan Melayu mungkin tidak mengundi pada PRK kali ini kerana tidak menetap di Pulai.



“Hampir 30% pengundi, kebanyakannya bukan Melayu, tinggal di luar Pulai, ramai di Singapura,” katanya.

Kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram kosong berikutan kematian timbalan presiden Amanah, Salahuddin Ayub pada Julai.

Calon PH Suhaizan Kaiat bertanding menentang Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) dan calon bebas Samsudin Fauzi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Takkan Mimi bercium dengan Merqeen – Anna Jobling



Puteri Sarah dedah tentang hubungan dengan Andi Arsyil

Sama-sama masuk penjara, komen Noh Salleh raih perhatian



Syamsul komen isu Puteri Sarah nak saman bekas kakak ipar Ira Kazar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker