Antony Manchester United kena tuduh lagi

Antony Manchester United kena tuduh lagi

Bintang Manchester United, Antony berdepan dakwaan baharu mengenai tingkah laku ganasnya daripada dua wanita lain.

Pemain kebangsaan Brazil berusia 23 tahun itu sebelum ini dituduh melakukan serangan fizikal ke atas bekas kekasihnya Gabriela Cavallin sebanyak empat kali dan kini disiasat polis di Sao Paulo dan Manchester.



Antony bagaimanapun menafikan sebarang salah laku.

Semalam, dua lagi wanita di Brazil tampil membuat dakwaan terhadap pemain sayap United bernilai £85 juta (RM497 juta) itu.

Pelajar jurusan undang-undang Rayssa de Freitas mendakwa dia memerlukan rawatan hospital susulan insiden pada Mei tahun lalu apabila dia diserang Antony dan Mallu Ohana – bekas isteri pemain Brazil, Dudu – di dalam Land Rover milik Antony selepas ketiga-tiganya meninggalkan kelab malam di Sao Paulo.

Ingrid Lana, pegawai bank berusia 33 tahun, mendakwa Antony bertindak agresif terhadapnya Oktober lalu dalam satu wawancara bersama Record TV di Brazil.



Lana berkata: “Dia cuba melakukan seks bersama saya tetapi saya tidak mahu. Dia menolak saya ke dinding dan kepala saya terhantuk.”

Dakwaan itu pasti menekan United supaya mengambil tindakan terhadap bekas pemain Ajax itu selepas Brazil mengetepikannya daripada tugasan antarabangsa apabila mengetahui mengenai dakwaan Cavallin.

United enggan memberikan komen semalam sesudah mengeluarkan kenyataan kelmarin menegaskan mereka “menyedari mengenai tuduhan terhadap Antony’ dan ‘memandang perkara itu dengan serius’. BH

Antony Manchester United kena tuduh lagi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Takkan Mimi bercium dengan Merqeen – Anna Jobling



Puteri Sarah dedah tentang hubungan dengan Andi Arsyil

Sama-sama masuk penjara, komen Noh Salleh raih perhatian



Syamsul komen isu Puteri Sarah nak saman bekas kakak ipar Ira Kazar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker