Dua individu tebuk Tembok Besar China untuk bina jalan pintas
Dua individu tebuk Tembok Besar China untuk bina jalan pintas
Beijing: Dua suspek ditahan akibat merobohkan satu bahagian Tembok Besar China untuk membuat jalan pintas, lapor penyiar China Central Television (CCTV).
The Guardian yang memetik laporan media kerajaan China itu melaporkan, suspek mengaku menggunakan jengkaut untuk memecahkan lubang pada tembok bersejarah itu pada bahagian yang dibina pada zaman Dinasti Ming di wilayah Shanxi.
Suspek semasa disoal siasat mengakui mereka menggunakan jentera berat untuk mewujudkan jalan pintas itu dalam usaha untuk mengurangkan masa perjalanan.
Pembinaan Tembok Besar China yang dibina berfasa kepada bahagian-bahagian, keseluruhannya sepanjang ribuan kilometer, bermula pada abad ketiga sebelum masihi dan berterusan selama berabad-abad.
Bahagian yang terjejas itu terletak kira-kira enam jam pemanduan ke barat pusat Beijing. Bahagian itu dibina sejak Dinasti Ming China antara abad ke-14 hingga ke-17.
CCTV melaporkan pada Isnin bahawa suspek sudah menyebabkan kerosakan tidak dapat dipulihkan pada bahagian tembok berkenaan.
“Buat masa ini, kedua-dua suspek ditahan dan disiasat mengikut kes jenayah,” menurut laporan CCTV.
Tembok Besar yang pernah menjadi pertahanan utara utama bagi Empayar China, mempunyai panjang keseluruhan lebih daripada 20,000 kilometer. Ia diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) pada 1987.
Bahagian terawalnya dibina lebih dari 2,000 tahun lalu.
Dalam pada itu, CNN melaporkan kerosakan itu berlaku pada bahagian tembok dibina pada zaman Dinasti Ming (1368-1644), yang dikenali sebagai Tembok Besar ke-32. Ia juga menempatkan menara pemerhati yang agak terpelihara dan disenaraikan sebagai peninggalan budaya wilayah.
Pihak berkuasa China dalam beberapa tahun kebelakangan ini meningkatkan perlindungan Tembok Besar dan membanteras perbuatan vandalisme.
Pada 2021, tiga pelawat ditahan dan didenda oleh polis kerana menconteng seksyen Badaling di tembok berkenaan.
Akhir tahun sama, pihak berkuasa China mengharamkan dua pelancong asing dari Tembok Besar selepas mereka menceroboh bahagian tembok Mutianyu yang belum dibangunkan. HM
Dua individu tebuk Tembok Besar China untuk bina jalan pintas
Baca Artikel Menarik:
- Scha Alyahya dipuji ‘stunning’ di Venice Film Festival
- Mizz Nina dan Essam diraikan dalam sebuah majlis resepsi di KL
- Nassuruddin saman dua Adun, ketua Umno Kelantan
- Reen Rahim ‘mengamuk’ kerana Sweet Qismina kena kecam
- Isteri potong kemaluan suami, ini pula yang terjadi
- Remaja lari rumah ikut teman lelaki dicari polis
- Zarina Anjoulie beri amaran jangan dekati Datuk Khazrul
- Pas pernah pertahankan Zahid, malah Anwar pun
- Orang tahu ke saya bertaubat setiap malam? – Zainal Abidin
- Ahirine padam gambar ‘panas’ dengan Aedy Ashraf selepas ditegur
- Gajah merajuk dijual rodok tuan guna gading, jaga mayat mangsa
- Kelebihan dan keajaiban solat asar dan subuh
- Hadi hanya jawab lima daripada 24 soalan
- Mahkamah lepaskan Zahid, sama macam pembebasan Muhyiddin – Saifuddin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET