Abang Tesla bawa dua isteri tunai umrah bersama

Abang Tesla bawa dua isteri tunai umrah bersama

BUAT pertama kalinya, TikToker penuh kontroversi Abang Tesla atau nama sebenarnya Mohammad Khaliltizam Yusri, 28, mendedahkan wajah isteri keduanya Nursyafiqa Mohd Hanafi, 22, di media sosial.

Abang Tesla bukan sahaja memuat naik foto isteri kedua, malah dalam sekeping foto yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya, dia memuat naik foto bertiga bersama isteri pertama, Nurmajdina Jamari, 28.



Menerusi hantaran berkenaan, Abang Tesla memberitahu mereka bakal berangkat ke Turki dan kemudian mengerjakan umrah bersama.

“Our first trip together Turkey and Umrah,” tulisnya dalam kapsyen.

Hantaran itu mendapat perhatian pengikutnya yang pertama kali melihat wajah isteri keduanya.

“Nampak bini pertama lagi cantik pula. Seperti cantik hatinya,” komen seorang netizen.



“Bila macam ni tiba-tiba bini pertama lagi lawa,” puji seorang warga maya.

“I am so happy to see this. Selagi kamu adil abaikan apa orang kata. Netizen stop kecam isteri nombor dua,” nasihat seorang warganet.

Terdahulu, nama Abang Tesla mula menjadi tular apabila dia memuat naik video isteri pertama menangis dalam pelukannya selepas solat subuh iaitu sebelum dia bernikah dengan isteri kedua.

Abang Tesla mendapat kecaman kerana didakwa sengaja menjadikan ia sebagai ‘content’. Gempak



Abang Tesla bawa dua isteri tunai umrah bersama

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin



Teruk sangat jalan raya kami, Tuanku (Video)

Zul Ariffin kecewakan peminat kerana melawat Al Ula



Najib to Mahathir: “Give it a rest Atok!”



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker