Faizal Tahir dedahkan Siti hamba Allah paling baik dan dermawan
Pernah bekerjasama dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam beberapa projek seni, penyanyi Faizal Tahir menyifatkan figura tersohor itu sebagai antara hamba Allah yang paling baik pernah ditemuinya dalam hidup.
Faizal, 45, atau nama sebenarnya, Ahmad Faizal Muhammad Tahir berkata, Siti merupakan seorang dermawan yang tidak lokek menyokong misi kemanusiaannya dalam dan luar negara.
“Kalau dia beri bantuan (wang), dia akan minta saya untuk merahsiakannya namun minta maaf, malam ini (semalam) saya terpaksa beritahu kepada kalian semua.
“Kalau ada misi kemanusiaan di luar (negara), beliau adalah antara penyanyi yang selalu beri sokongan buat saya. Sikap ini adalah suatu yang patut dicontohi dan dibanggakan.
“Siti adalah antara hamba Allah yang paling baik pernah saya jumpa,” kata Faizal ketika menjemput penyanyi nombor satu tanah air itu secara spontan menyanyikan lagu Dirgahayu pada konsert konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur yang berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre (WTC) malam tadi.
Dalam pada itu, Faizal turut mendedahkan, Siti atau nama lengkapnya, Siti Nurhaliza Tarudin walaupun berstatus diva, beliau sangat senang memberikan kerjasama dengan sesiapapun.
Dedahnya, lagu Karma yang diterbikan sekitar 2010 dendangannya ada menggunakan suara latar penyanyi asal Pahang itu namun beliau tidak kisah langsung.
“Waktu awal masuk industri, beliau panggil saya untuk buat persembahan. Lagu Karma kalau kalian perasan ada bahagian ‘hey, hey’, itu adalah suara Siti Nurhaliza.
“Beliau tak kisah buat permintaan saya yang entah apa-apa (tertawa),” ujar Faizal lagi.
Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur yang berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre (WTC) malam tadi berjaya menyatukan lebih 3,000 peminat.
Selain Siti yang dijemput secara spontan menyanyi di atas pentas, Faizal turut membuat kejutan meminta rakan seperjuangannya Alif Satar mendendangkan sebuah lagu bersama dan mengenang kisah lama sewaktu sama-sama menyertai program realiti One In A Million (OIAM).
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Dusuki sindir Mujahid, kalah pilihan raya lagi menyayat hati
- Penahanan ‘Rasul Melayu’ sah, rayuan JAIS dibenar
- DAP kena gugurkan agenda Negara Sekular, slogan Malaysian Malaysia – Nur Jazlan
- Angkat kaki, ‘goodbye’ – Puteri Sarah
- Intan Najuwa kahwin kerana duit
- Dibelasah lima lelaki selepas terlibat kemalangan
- PAS guna agenda pecah dan perintah – Khairuddin
- Imam Mustaqim diburu polis
- Halal bagi PAS, haram bagi yang lain
- Razali, PAS diberi 24 jam mohon maaf, tarik semula dakwaan
- Anggota polis bantuan ditemui maut dengan kesan tembakan dalam ruang rehat KKIA
- Orang ramai kecam calon parti cetak nama atas sejadah
- Muslihat hidupkan semula ‘Muafakat Nasional’, UMNO tidak akan makan ‘umpan’ PAS – Zahid
- Andrie Ung akui bertanggungjawab bawa pelajar tahfiz, Kerajaan dan KFC tidak terlibat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera