Kim Pan-gon ibarat ‘anugerah’ buat Harimau Malaya

HARIMAU Malaya boleh dianggap pasukan paling bertuah di rantau Asia Tenggara kerana memiliki jurulatih seperti Kim Pan-gon yang begitu dihormati dan disenangi oleh pemain.

Bagi pemerhati bola sepak tempatan, Zakaria Rahim, kisah peningkatan ketara prestasi skuad Harimau Malaya tidak ubah seperti perjalanan karier Datuk Lee Chong Wei ketika besama jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek.

“Pan-gon mungkin tidak kenal pemain secara peribadi atau sejarah pemain kerana beliau adalah orang asing, jadi sudah pasti pemilihan yang dia buat adalah yang terbaik. Pemain pastinya mahu buktikan mereka adalah yang terbaik dan kemesraan Pan-gon dan pemain begitu jelas dapat dilihat.



“Istimewanya Pan Gon adalah dia disenangi oleh pemain dan apabila pemain senang bekerja sudah pasti mereka akan mudah ikut cakap. Dia dapat sokongan daripada pemain dan sebab itu pasukan boleh pergi jauh.

“Sama juga dengan badminton, kenapa Chong Wei bagus? Sebabnya dia senang dengan Misbun dan dia akan main bermati-matian untuk Misbun,” katanya.

Harimau Malaya sedang mengharungi latihan pusat bagi berdepan dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Syria, Rabu ini dan China (9 September), kedua-duanya akan dilangsungkan di Chengdu.

“Dua aksi ini akan dimainkan di tempat lawan dan ini adalah peluang untuk cabar pemain. Aksi dengan Syria dan China adalah ujian buku bertemu ruas dan ini adalah ujian sebenar buat Harimau Malaya.



“Data dan statistik daripada dua perlawanan boleh digunakan untuk jadikan skuad kebangsaa lebih kuat sebelum hadapi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dan Piala Asia di Qatar, Januari nanti,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta



Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker