Tolonglah padam dan hentikan sebar video arwah abang saya

Tolonglah padam dan hentikan sebar video arwah abang saya

SUNGAI PETANI: Keluarga seorang mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, memohon rakyat Malaysia berhenti menyebarkan gambar dan video kejadian itu di media sosial.

Adik Allahyarham, Noorhidayah Muhamad Saleh, 30, berharap semua pihak dapat memahami dan menghormati perasaan mereka sekeluarga yang kehilangan abang sulung dalam sekelip mata.



“Saya nak minta tolong jasa baik rakyat Malaysia yang masih menyebarkan gambar video abang saya. Tolonglah padam dan hentikan sebar, kita tak tahu yang Allah nak jemput dia dengan cara macam tu.

“Minta jaga perasaan keluarga sebab kami sebenarnya masih terkejut sebab dia abang sulung (tetapi) seluruh rakyat Malaysia yang tak henti-henti mendoakan abang saya, saya ucap terima kasih banyak. Semoga Allah membalas jasa baik kalian,” katanya.

Noorhidayah yang ditemui selepas selesai pengebumian jenazah Muhamad Hafiz di tanah perkuburan Islam Masjid Al-Huda Kampung Jerong, di sini, petang tadi.

Penghantar makanan itu adalah jenazah pertama dikenal pasti identiti melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).



Jenazah dimandi dan dikafankan oleh petugas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Masjid Jamek Ar-Rahimiah berdekatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sebelum dituntut oleh bapanya, Muhamad Salleh Othman, 57, pada jam 9.30 pagi. BH

Tolonglah padam dan hentikan sebar video arwah abang saya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor

Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle



Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)

Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker