Adik Ayahanda Rani Kulup meninggal dunia

Adik lelaki kepada aktivis sosial, Abdul Rani Kulup Abdullah meninggal dunia akibat serangan jantung tengah malam semalam.

Ahmad Kulup Abdullah, 64, menghembus nafas terakhir di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pada pukul 12.35 malam.

Abdul Rani berkata, dia bergegas ke Ipoh dari Kuala Lumpur pada pukul 2.30 pagi sebaik sahaja menerima perkhabaran tersebut.



Katanya, dia menziarahi jenazah adiknya itu dan keluarga di Bandar Baru Putra di Bercham di sini.

Abdul Rani, yang merupakan anak sulung daripada empat beradik melahirkan rasa sedih di atas pemergian adiknya itu, yang disifatkannya sebagai seorang yang aktif melibatkan diri dengan aktiviti masyarakat setempat.

“Dia suka menolong orang dalam pelbagai aktiviti masyarakat setempat.

“Beliau disegani dan dihormati dalam kalangan penduduk kawasan perumahan. Saya dengan arwah dan adik beradik yang lain sangat akrab,” katanya kepada Utusan Malaysia.



Pekerjaaan terakhir Ahmad ialah sebagai pegawai dalam syarikat kawalan keselamatan.

Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Bakar Bata, Tanjung Rambutan di sini pada pukul 11 pagi tadi.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca penceraian Aziz M Osman



Bakal doktor dicekup melacur

“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen



Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker