Lelaki gila seks, rakam wanita buang air dalam tandas stesen minyak

Lelaki gila seks, rakam wanita buang air dalam tandas stesen minyak

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dia dirakam oleh seorang lelaki ketika sedang membuang air kecil di sebuah tandas stesen minyak.

Menerusi perkongsian mangsa yang menggunakan akaun TikTok @zaujatiaiman semalam, dia memberitahu, kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu di sebuah stesen minyak Jalan Kota Tinggi menghala ke Johor Bahru.



“Selepas meletakkan kereta berhampiran dengan pam tayar dan meminta suami untuk tolong pam tayar, saya berjalan masuk ke dalam tandas tanpa menyedari yang saya sedang diekori.

“Semasa hampir selesai membuang air kecil, saya terdengar ada sesuatu yang terhempas. Kerana terkejut, saya terus bangun dan memakai semula seluar,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.

Bercerita lanjut, wanita itu berkata, dia sangat terkejut apabila mendapati terdapat tangan dari arah atas pintu tandas sambil memegang telefon bimbit seperti sedang merakam.

“Apabila pandang ke atas, saya terkejut melihat tangan beserta telefon bimbit sedang merakam saya. Lalu saya menjerit meminta tolong dan terus keluar dari tandas.



“Suami dan orang awam yang mendengar jeritan saya kemudian membantu dan beriaya menahan lelaki tersebut.

“Kerana panik, lelaki tersebut segera mengeluarkan telefon bimbit dan memadam rakaman yang diambil di dalam tandas tadi,” katanya.

Wanita itu turut memuat naik rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) stesen minyak tersebut yang memaparkan pergerakan lelaki terbabit masuk ke dalam tandas wanita sebelum kekecohan berlaku.

Tambah wanita itu lagi, dia berjaya menahan lelaki terbabit dan merampas telefon bimbit yang digunakan untuk pemeriksaan.



“Saya merampas telefon bimbit lelaki tersebut dan menyuruhnya membuka ruangan simpan ‘trash’ dan di situlah saya mendapati ada video rakaman saya di dalam tandas tadi,” jelasnya.

Ujar wanita tersebut, suaminya kemudian menelefon pihak polis dan lelaki berkenaan diberkas untuk siasatan lanjut dan dalam perkongsian akhirnya, dia sempat meninggalkan pesanan buat kaum wanita yang ingin menggunakan tandas awam.

“Pesanan saya buat semua wanita, pastikan tandas awam itu betul-betul selamat baru gunakan dan adalah lebih baik jika kita mengunci pintu utama atau jangan berseorangan demi keselamatan,” pesannya.

Sehingga kini, perkongsian wanita itu meraih lebih 1.2 juta jumlah tontonan. K Online



Lelaki gila seks, rakam wanita buang air dalam tandas stesen minyak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebab UMNO kalah teruk



Kamal Adli takut buka media sosial

Sharnaaz, Amelia kongsi momen jatuh cinta



Bikini Amy Nur Tinie bikin panas

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker