Bakal doktor dicekup melacur
Bakal doktor dicekup melacur
Seorang pelajar perubatan dan dua gadis berusia 16 tahun antara enam pekerja seks yang ditemui polis semasa serbuan di sebuah rumah pelacuran di Hong Kong, lapor portal berita South China Morning Post.
Polis menahan seorang wanita berusia 20 tahun yang dituduh menjadi ‘ibu ayam’ dan mengendalikan rumah pelacuran tujuh bilik di Jalan Kimberley, Tsim Sha Tsui ketika serbuan petang Khamis lalu.
Menurut sumber, pelajar berusia dalam lingkungan 20-an itu bekerja sebagai pelacur sambilan selama beberapa bulan untuk menjana wang tambahan. Perkhidmatan seks itu diiklankan menerusi sebuah kumpulan dalam aplikasi Telegram dengan gambar mereka turut dipaparkan.
“Gadis muda dan pelajar dijadikan sebagai bahan iklan oleh rumah pelacuran itu untuk menarik pelanggan.
“Siasatan mendapati setiap pelanggan dikenakan caj antara HK$1,500 (RM885) hingga HK$2,000 (RM1,180) untuk khidmat seks dan ibu ayam akan mengambil separuh wang itu,” katanya.
Pelanggan rumah pelacuran itu dipercayai terdiri daripada pegawai bank dan ejen insurans serta pramugari lelaki.
Polis yang menyamar sebagai pelanggan dikerah mengumpul bukti sebelum serbuan dilakukan kira-kira pukul 7 malam (waktu tempatan). Di dalam premis itu, polis menemui enam pekerja seks berusia 16 hingga 27 tahun dan menahan ibu ayam tersebut.
Enam wanita itu tidak ditangkap. Ia tidak menyalahi undang-undang bagi mereka yang berumur 15 tahun ke atas untuk bekerja sebagai pelacur.
Polis kini berusaha mengesan ketua kumpulan pelacuran di sebalik operasi rumah pelacuran itu serta beberapa suspek lain. Agensi
Bakal doktor dicekup melacur
Baca Artikel Menarik:
- Tukar ketua J-Kom segera – Adun DAP
- Aminuddin akan dilantik MB Negeri Sembilan semula
- Sanusi nak berbaik dengan Pusat
- Nabil terkejut Syafiq Kyle batal nikah dengan Mimi Lana
- Janna Nick masuk hospital akibat radang usus
- 2 minggu jiran dengar mangsa dera meraung, menangis
- Apa yang Melayu tak puas hati?
- PRN menunjukkan kita semakin hilang sokongan, kaji semula cara UMNO ditadbir
- Bersatu pun kalah banyak kerusi
- Dakwaan PAS perjuang Islam raih sokongan Melayu – Mufti
- Semua pemimpin UMNO perlu bertanggungjawab atas kekalahan PRN
- Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Batal Nikah
- Ketua Pesuruhjaya SPRM bidas Hamzah, saman sajalah
- Farid Kamil cari ketenangan sertai tabligh selepas bercerai
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.