Suami Reen Rahim Ingin Mengandung (Video)

Suami Reen Rahim Ingin Mengandung (Video)

Siapa yang tidak mengenali pelakon jelita Reen Rahim atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim yang terkenal dengan drama Pujaan Hati Kanda, 7 Hari Mencintaiku dan banyak lagi.

Reen Rahim merupakan pelakon wanita Malaysia, di mana dia memulakan kerjayanya sebagai pelakon selepas merangkul gelaran juara dalam pertandingan lakonan ‘Pilih Kasih’ musim ketiga. Reen Rahim kini lebih banyak meluangkan masa dengan suaminya selepas mendirikan rumahtangga pada 24 Disember 2022.



Terdahulu, Tular satu video di laman media sosial tiktok milik Reen Rahim yang meraih perhatian ramai. Video tiktok berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.3 juta, 57 ribu tanda suka dan komen sebanyak 9 ratus.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Suami Reen Rahim iaitu Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, sedang membuat video parodi menggunakan ‘sound’ dari usahawan kontroversi terkenal iaitu Nursajat.

“I nak buktikan kepada mereka semua i boleh mengandung 9 bulan, aiyooo hahaha akan ku buktikan insyaallah kalau gigih”-sound yang digunakan Hazim

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Hazim yang menggunakan ‘sound’ Nursajat yang berkenaan dengan mengandung itu. Mereka juga suka melihat keserasian Reen dan suaminya.



“Bagusnya pasangan yang serasi nie, suka dengan pasangan nie, happy jer”-kata mereka

“Akan ku buktikan, betul-betul menjiwai watak”-ujar mereka

“Hahahaahha ku duk ulang banyak kali, serius sama wehh laki dia dok cakap”-tambah mereka

“1 kepala, okay la tuh, kalau gurau kasar pun rilek lagi”-tulis mereka



Apa-apa pun, biasalah sebagai suami isteri bergurau dan mengusik satu sama lain. Semoga Reen Rahim dan suami bahagia hingga jannah.

Suami Reen Rahim Ingin Mengandung (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fauzi Nawawi jelaskan isu isterinya terpaksa gadai barang kemas dan kereta ditarik

Pakai bra dengan sweater terbuka, apa nak jadi budak sekarang



Anak bertudung tanpa disuruh buat Nabil gembira

Joy Revfa bimbang di sondol, ada yang bagi video separuh bogel



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker