Sanusi ‘play victim’ untuk raih simpati
Sanusi ‘play victim’ untuk raih simpati
Benarkah keselamatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terancam atau ia cubaan membina persepsi bagi meraih simpati rakyat kepada pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu.
Persoalan itu dibangkitkan Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selepas beberapa pemimpin PN yang membuat dakwaan demikian berikutan ketidakhadiran Muhammad Sanusi ke beberapa siri ceramah, akhir-akhir ini.
Terdahulu, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden sebelum mengakhiri ceramah di Sungai Petani malam tadi yang sepatutnya turut dihadiri Muhammad Sanusi, berkata Menteri Besar dinasihatkan tidak hadir ceramah kempen pilihan raya kerana ada ‘perangkap’ dipasang musuh.
Sebelum itu, Muhammad Sanusi juga dilaporkan tidak hadir ke program di Padang Serai sebelum tular kononnya beliau ditangkap, namun Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan laporan berita yang membuat dakwaan demikian.
Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri melihat reaksi beberapa pemimpin PN ketika memberi alasan ketidakhadiran Ketua Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat itu pada program ceramah, sangat berbeza dengan watak ‘gung ho’ Muhammad Sanusi dan mungkin mahu menggambarkan pemimpin itu menjadi ‘mangsa’.
“Nampaknya reaksi terakhir (pemimpin PAS mengenai ketidakhadiran Muhammad Sanusi) malam tadi semacam mencipta simpati, ‘play victim’. Ini bukan watak Menteri Besar yang selama ini garang, agresif dan ‘gung ho’. Isunya adalah tidak dapat hadir (ceramah) kerana ada maklumat tentang ancaman,” katanya.
Kelmarin, katanya, ada pemimpin PN di Padang Serai membuat tuduhan secara terang-terangan kononnya Muhammad Sanusi ditangkap polis
“Dia bukan kata ‘akan tangkap’, tapi dia jawab secara ‘affirmative’ (sah), polis dah tangkap (Muhammad Sanusi),” katanya kepada pemberita selepas menyantuni peniaga pasar bersama calon PH kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubang Rotan, Mohd AsmirulAnuar Aris, di sini hari ini.
Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR berkata, perkembangan sejak beberapa hari ini menunjukkan Muhammad Sanusi kini seorang yang defensif, sedangkan mana-mana individu yang berasa keselamatan mereka terancam, boleh membuat laporan polis.
Begitu juga, katanya, pemimpinan PN yang khuatir dengan keselamatan diri sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) boleh membuat laporan polis bersama maklumat dan bukti yang lengkap.
Beliau menegaskan, setakat ini keseluruhan kempen berjalan dengan penuh tertib dan mengikut peraturan dengan semua parti politik bebas untuk menganjurkan ceramah dan memberi penerangan.
“Setakat ini, tiada insiden (tidak diingini) di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu, kecuali satu dua kes vandalisme yang kebanyakannya kena pada papan iklan ada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
“Jadi, bagaimana boleh timbul isu keselamatan di Kedah. Kalau ada (isu keselamatan), sudah pasti pihak keselamatan akan memberi teguran dan nasihat. Dalam konteks Kedah ini, kita semua menjadi saksi betapa tenangnya perjalanan kempen di sini.
“Pasukan pemantau pilihan raya yang membuat pemantauan sepanjang kempen juga memaklumkan tidak timbul langsung isu-isu keselamatan, tetapi mereka (PN) cipta skrip, kononya sudah separuh jalan lepas itu patah balik kerana kononnya ada ancaman.
“Kalau benar (keselamatan) terjejas, mereka hanya perlu tampil kepada pihak berkuasa, jangan bina naratif dan bina persepsi kononnya ada ancaman. Ancaman pertama kata kena tangkap, tapi polis bagi kenyataan balik, yang kedua kata ada perangkap.
“Kalau betul apa dikatakan Afnan Hamimi, pergi mana-mana balai polis, buat aduan siapa yang nak perangkap, di mana? Dia sahaja yang ada maklumat, jadi segera guna saluran undang-undang, bukan tagih simpati,” katanya. BH
Sanusi ‘play victim’ untuk raih simpati
Baca Artikel Menarik:
- Untuk Azmin, kita hantar pemimpin wanita sahaja lawan dia – Anwar
- Penyokong tegar Pas beri sokongan kepada Cikgu Mi di Dun Melor
- Drama isu keselamatan terbaru dari PAS
- Kejutan kempen akhir BN akibatkan PN berputih mata
- PN menang PRN, kerajaan pusat turut bertukar – Hadi
- Faiz Na’aman keluar parti, kecewa dengan Bersatu
- Peja dituduh ‘jual kerusi’ Bersatu
- Jasmine Suraya redha dikecam gayakan gaun seksi pereka antarabangsa
- Suami tetak isteri, kekasih gelap guna kapak
- Aziz M. OSman Puteri Lily sah bercerai selepas 13 tahun
- Ini sebab mengapa ceramah PH tampil adik Sanusi batal saat akhir
- Ibu tunggal, warga emas, pasangan baru berkahwin dan pelajar dapat bantuan tunai – Aspirasi Perpaduan PH-BN
- Penyandang DUN Machang Bubuk ‘tumbang’ ketika berkhidmat
- Amirudin kena ‘sembur’ selepas ceramah perpaduan di Sungai Tua
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai
You must be logged in to post a comment.