Cabaran debat Rafizi akhirnya disambut Syahir setelah ditolak Azmin dan Sanusi
Cabaran debat Rafizi akhirnya disambut Syahir setelah ditolak Azmin dan Sanusi
Ahli parlimen Bachok Mohd Syahir Sulaiman mengubah keputusan dengan bersetuju untuk berdebat dengan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Kedua-dua pihak mengumumkan perkara itu di media sosial masing-masing hari ini.
“Saya telah dimaklumkan bahawa Syahir telah menerima semula jemputan saya untuk berdebat setelah mendapat keizinan pimpinan beliau.
“Saya ucapkan terima kasih.
“Platform debat adalah peluang bagi parti-parti membentangkan idea dan tawaran kepada rakyat,” ciap Rafizi di Twitter hari ini.
Rafizi berkata maklumat lanjut berhubung penganjuran debat itu akan dimaklumkan kemudian, namun tarikhnya sudah ditetapkan pada 9 Ogos, tiga hari sebelum hari pengundian pilihan raya enam negeri.
Sementara itu, Syahir dalam hantaran di Facebook mencadangkan “Malaysia lebih baik” sebagai tajuk perdebatan.
“Selepas mendapatkan perkenan, saya dengan ini menyatakan persetujuan.
“Format, moderator, tarikh dan tempat YB Rafizi Ramli cadangkan
“Tajuk “Malaysia Lebih Baik” saya cadangkan. Bismillah,” katanya.
Syahir semalam menolak debat itu atas alasan sependapat dengan ‘seniornya’ Sanusi Md Nor yang telah pun menolak cabaran sama, atas alasan lebih baik usaha ditumpukan untuk berkhidmat kepada rakyat.
Ia memberi peluang kepada Rafizi menyindir dengan berkata tiada wakil BN yang berani ke depan, “dari mantan menteri ekonomi PN ke panglima PN ke ekonomis teknokrat paling cerdik PN”.
Rafizi juga mencabar bekas menteri ekonomi Mohamed Azmin Ali sebelum ini.
Azmin bagaimanapun meletakkan syarat bahawa Rafizi perlu membuktikan terlebih dahulu telah berjaya dalam pelaksanaan dan pemulihan ekonomi negara.
Rafizi pada mulanya mahu berdebat dengan Sanusi atas alasan memulakan budaya persaingan idea untuk membantu rakyat, berbanding tumpuan kepada retorik siapa lebih Melayu. Mk
Cabaran debat Rafizi akhirnya disambut Syahir setelah ditolak Azmin dan Sanusi
Baca Artikel Menarik:
- Resah dengan kritikan ahli, Takiyuddin arah hentikan segera komen isu dalaman parti
- Benarkah ‘perkahwinan’ PAS-BERSATU retak menanti belah?
- Detik terakhir Ustaz Dr. Soberi meninggal dunia semasa sampaikan kuliah Subuh [VIDEO]
- Tindakan terburu-buru BAM tamatkan kontrak Misbun dikritik
- Bintang Nik Abduh makin pudar dalam PAS – penganalisis
- Artis turun padang bantu kempen
- Sengaja singkirkan Nik Abduh, adik Nik Aziz seru rakyat Kelantan tolak Nik Amar
- “Terima kasih emak… sayang mak sangat-sangat” – al Fatihah… ibu Ubai meninggal dunia
- Cabaran debat ekonomi: Azmin tolak, Sanusi lari, Syahir jangan menyorok
- Lelaki tidak terima gaji curi mi segera
- Penjaga zoo nyaris dibaham aligator depan pengunjung [VIDEO]
- Bossku kenal siapa kawan mana lawan, Papagomo, Syed Imran jangan tunggang isu
- Kertas siasatan tak buka, barang kes mereput dalam stor’, PTG nak lindung siapa?
- Influencer selalu tunjuk kemewahan ditemui mati dengan badan dikerat-kerat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bekas Pengacara TV3 Didakwa Pukul Staf Guna Kayu & Langgar Pondok Pengawal
Hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser – kajian
You must be logged in to post a comment.