‘Ajar’ JDT kenangan manis Hodak

‘Ajar’ JDT kenangan manis Hodak

Tiga final dalam tiga tahun berturut-turut jelas menjadi antara kenangan manis buat Bojan Hodak sepanjang tiga tahun mengendalikan KL City FC bermula 2021.

Pengendali dari Croatia itu mencipta magis apabila percaturannya menundukkan pasukan pilihan, Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 pada pentas final Piala Malaysia 2021 sekali gus layak beraksi di Piala AFC 2022.



Kecemerlangan itu diteruskan di pentas Piala AFC 2022 selepas mereka menjadi pasukan kedua dari Malaysia mara ke final Piala AFC sekalipun dikecewakan Al-Seeb 0-3 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

KL City FC di bawah Hodak melengkapkan ‘hatrik’ final apabila melangkah ke final Piala FA 2023, Sabtu lalu namun gagal mengulangi pencapaian 2021 apabila akur tumbang 2-0 di tangan juara bertahan itu.

“Saya tidak jangka dapat meraih pencapaian seperti ini apatah lagi dengan pasukan yang memiliki bajet yang kecil, pasukan yang kecil ini mencipta nama di pentas antarabangsa.

“Ini adalah memori yang hebat bersama KL City FC dan kejayaan mara ke tiga final berturut-turut, sudah tentu saya berbangga dengan apa yang sudah diraih bersama pasukan ini,” kata Hodak.



Terdahulu, ‘jodoh’ Hodak bersama KL City FC berakhir selepas tiga tahun mengendalikan pasukan itu dengan kelab Liga Indonesia, Persib Bandung bakal menjadi destinasi terbaharunya.

Dalam perkembangan sama, Hodak turut menyifatkan perpindahannya itu sebagai satu kejutan yang ‘positif’ namun dia mendedahkan anak buahnya tidak percaya bahawa dia bakal meninggalkan pasukan itu.

“Mereka ingatkan ‘prank’ tetapi emosi adalah sebahagian daripada bola sepak dan semua pemain adalah profesional di bilik persalinan.

“Saya ucapkan selamat maju jaya buat pemain, jurulatih dan barisan pengurusan KL City FC untuk masa akan datang,” katanya. BH



‘Ajar’ JDT kenangan manis Hodak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas suami Yasmin Hani tayang kekasih baru, lagi hot



Laporan polis terhadap Papagomo dibuat kerana memfitnah oleh Setpol Fahmi Fadzil

Farid Kamil bagi respon ‘pedas’ bila ada persoal Diana tinggalkan anak ketika pergi Festival Good Vibes



Sean Edward dituduh sebabkan kematian Nurin Najmina



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker