Tindakan pantas pasukan keselamatan berjaya halang provokasi berterusan

Tindakan pantas pasukan keselamatan berjaya halang provokasi berterusan

JOHOR BAHRU: Tindakan pantas pihak keselamatan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri membawa keluar penyokong pada perlawanan akhir Piala FA, Sabtu lalu berjaya menghalang provokasi bertambah buruk.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, ia adalah keputusan yang tepat kerana dikhuatiri boleh melarat sehingga mencetuskan pergaduhan.



Katanya, provokasi seperti itu sentiasa berlaku ketika perlawanan penting seperti aksi final Piala FA dan pihak keselamatan berjaya mengawal keadaan dengan baik.

“Baru-baru ini dalam kejadian yang ditularkan (provokasi pada perlawanan Piala FA), itu adalah tindakan pantas pihak berwajib mengawal keadaan. Kalau tidak dikawal, keberangkalian besar akan berlaku pergaduhan sama ada dalam atau luar stadium.

“Jadi, kita perlu berterima kasih kepada pihak berwajib kerana mereka mengawal keselamatan supaya provokasi itu tidak berlanjutan. Selepas ini, saya minta pihak berwajib meneruskan (tindakan kawal keselamatan) dan setiap stadium atau venue sukan dikawal penuh oleh pihak berwajib supaya boleh terus ambil tindakan tanpa ragu-ragu untuk kawal keselamatan,” katanya ditemui selepas melancarkan Skuad Muda Southern Volunteers (SV) Sekolah Peringkat Negeri Johor di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Jaafar, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), Datuk On Jabbar@Jaafar.



Ahad lalu, tular video tindakan pihak keselamatan di dalam SSI yang membawa keluar beberapa penyokong ketika perlawanan akhir Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan KL City FC, Sabtu lalu.

Tindakan itu dipercayai berlaku selepas tindakan provokasi antara beberapa penyokong membabitkan kedua-dua pasukan.

Mohd. Hairi berkata, perlawanan bola sepak adalah sukan rakyat yang turut dihadiri wanita dan kanak-kanak dan sepatutnya tidak perlu berlaku provokasi sama ada daripada penyokong negeri ini atau penyokong pasukan luar.

“Keselamatan dalam satu-satu perlawanan sukan itu perlu jadi keutamaan apabila ada yang hadir itu kanak-kanak dan sukan ini adalah sebahagian daripada aktiviti kekeluargaan. Jadi, kita tak mahu ada provokasi berlaku.



“Jika tidak puas hati, kita ada gelanggang sukan, boleh tunjuk kehebatan di gelanggang, (stadium) bukan tempat tunjuk hero,” katanya. Utusan

Tindakan pantas pasukan keselamatan berjaya halang provokasi berterusan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Penyanyi bertudung didakwa amal sihir

Raja Ilya Diperli Dah Tak Ada Job Sampai Kena Rakam Gambar Mandi (Video)



Saya tapau nasi vanggey dua dengan teh o ais untuk Dr Malar – Bell Ngasri

Tuntut Keadilan Selepas Dakwa Dipukul Johor Military Force (JMF)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker