BN Terengganu janji subsidi beli motosikal, bantuan tunai sehingga RM800

BN Terengganu janji subsidi beli motosikal, bantuan tunai sehingga RM800

Pinjaman tanpa faedah untuk membeli motosikal berharga RM5,000 dengan subsidi RM500, dan menaikkan elaun imam, bilal, guru al-Quran serta jurunikah antara janji dalam manifesto Barisan Nasional (BN) Terengganu.

BN juga berjanji memberikan bantuan tahunan RM800 kepada warga emas selain memperkenalkan Bantuan Rakyat Terengganu yang menyediakan bantuan masing-masing RM500 dan RM300 kepada kumpulan usia 40 tahun ke atas dan 40 tahun ke bawah.



Dalam hantaran poster di Facebook Pengerusi BN Terengganu Ahmad Said, petani, nelayan, dan penternak akan mendapat bantuan sekali bayar RM300.

Bagi segmen pendidikan pula, BN berjanji menyediakan elaun bulanan graduan ijazah RM1,500 dan elaun bulanan graduan diploma RM1,200 bagi skim latihan graduan dan pelajar baharu sekolah asrama penuh (RM600).

Sebanyak 10,000 rumah mampu milik akan dibina dalam tempoh lima tahun selain 700 unit rumah percuma.

Dalam pada itu, dalam sidang media, Ahmad berkata, menerusi manifesto bertemakan “Perpaduan Demi Kestabilan dan Kemakmuran”, beliau yakin dapat memikat semula hati pengundi terutama golongan muda.



Antara janji dimuatkan dalam manifesto untuk menawan pengundi muda termasuk bantuan komputer riba kepada pelajar institusi pengajian tinggi serta bantuan awal persekolahan kepada semua pelajar.

Bagi golongan muda pula, beliau memaklumkan, BN Terengganu akan mewujudkan Yayasan Kebajikan Anak Muda Terengganu; dana tahunan RM5,000 untuk persatuan belia; bantuan lesen memandu dan lesen perniagaan; memperbanyakkan kemudahan e-sukan, memperkasakan latihan kemahiran selain menjadikan sukan sebagai kerjaya.

Beliau berkata, lima teras manifesto merangkumi kebajikan dan sosial, pendidikan dan agama, infrastruktur, ekonomi serta orang muda dan belia.

“Kita mengajak orang muda supaya memikirkan masa depan mereka sebaik-baiknya untuk memilih BN yang kini berada dalam kepimpinan di peringkat pusat.



“Ini kerana sangat penting bagi memastikan kerajaan negeri sealiran dengan kerajaan persekutuan kerana lebih banyak perancangan pembangunan dan kebajikan dapat dijalankan bersama,” katanya menurut Sinar Harian.

BN Terengganu janji subsidi beli motosikal, bantuan tunai sehingga RM800

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Penyanyi bertudung didakwa amal sihir

Raja Ilya Diperli Dah Tak Ada Job Sampai Kena Rakam Gambar Mandi (Video)



Saya tapau nasi vanggey dua dengan teh o ais untuk Dr Malar – Bell Ngasri

Tuntut Keadilan Selepas Dakwa Dipukul Johor Military Force (JMF)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker