Giliran Bersatu tibai Mahathir

 

Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mempersoalkan tindakan Dr Mahathir Mohamad yang tidak mengemukakan petisyen selepas mendakwa wujudnya rasuah di kerusi Langkawi ditandinginya pada PRU lalu.

Wan Fayhsal berkata kenyataan Mahathir bahawa kekalahannya di kerusi berkenaan disebabkan amalan rasuah adalah tidak berasas.



“Dia (Mahathir) perlu mengakui bahawa pilihan raya (lalu) adalah adil dan bebas.

“Rakyat Langkawi telah membuat keputusan untuk mengundi PN Mohd Suhaimi Abdullah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis K-Pro Malaysia di Shah Alam.

Wan Fayhsal berkata beliau tidak mahu memanjangkan perkara itu kerana ia tidak mendatangkan faedah kepada Mahathir mahupun PN.

“Oleh kerana kita semua tahu Mahathir menyokong PN pada masa ini, jadi saya tidak fikir kenyataan itu akan membantu beliau, mahupun kita,” katanya yang juga Ahli Parlimen Machang.



Semalam, Ahli Parlimen Langkawi Suhaimi Abdullah nafi terbabit dengan rasuah pengundi, susulan dakwaan Dr Mahathir mengenai kekalahannya di kerusi itu pada PRU15.

Suhaimi berkata beliau tidak perlu memberi rasuah kerana menyangka akan kalah di tangan bekas perdana menteri itu.

Pada PRU15, Mahathir tewas apabila mempertahankan Langkawi dalam pertembungan lima penjuru. Beliau sekadar meraih 4,566 undi, sekaligus hilang deposit.

Suhaimi menang dengan majoriti 13,518 undi.



Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan Mahathir sebagai berkata beliau hilang lebih 14,000 undi “hanya kerana rasuah” pada pilihan raya lalu, dan mendakwa seorang pengundi memberitahunya bahawa dia dapat duit.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Hakim menangis dalam mahkamah

Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih



Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda

Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker