Bersatu pertahan Sanusi, dakwanya sebagai pemimpin hebat

Kritikan dan kecaman politik bertali arus diterima Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menunjukkan beliau seorang pemimpin hebat, kata Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, Menteri Besar Kedah itu telah membawa banyak pencapaian dan pembangunan membanggakan di negeri jelapang padi itu hingga sukar ditangkis parti lawan.

“Mereka merasakan Kedah ini sebuah negeri yang mereka kena tunjuk kuat, mereka tidak mahu menerima satu keputusan yang menyedihkan kepada penyokong-penyokong mereka.



“Pada saya YB (Yang Berhormat), Sanusi ini seorang berkhemah dan baik, tetapi dalam ceramah-ceramah tertentu, mereka serang dia secukup-cukupnya kerana mereka tidak mahu melihat kejayaan Sanusi yang begitu menggalakkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam majlis Makan Malam bersama Ahli Parlimen Larut di Dewan Permai Majlis Daerah Selama dekat sini pada Jumaat.

Hamzah bagaimanapun mengakui, budaya taktik menyerang pemimpin tertinggi di peringkat negeri menjelang pilihan raya negeri (PRN) adalah perkara biasa yang dilakukan semua peringkat parti.

Seperti di Selangor katanya, PN turut mengkritik pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.



“Tak salah kerana ini kempen, mereka ‘attack’ pemimpin tertinggi kita di peringkat negeri, kita juga attack pemimpin mereka di peringkat negeri,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Hakim menangis dalam mahkamah

Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih



Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda

Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker