Pelajar dicekup curi tabung surau

Pelajar dicekup curi tabung surau

KOTA BHARU: Seorang pelajar Tingkatan Tiga dicekup ketika mencuri tabung sebuah surau di Kampung Dalam Pupuh di sini pada Ahad.
Remaja lelaki berusia 15 tahun itu masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintenden Mohd Suhaimi Ali berkata, kejadian sekitar jam 11.40 pagi itu disedari oleh seorang wanita berusia 50-an yang merupakan penjaga surau tersebut.



“Semasa kejadian, pengadu telah ternampak sebuah basikal di tepi surau dalam keadaan mencurigakan.
“Wanita berkenaan telah masuk ke dalam surau dan mendapati tabung berada keadaan terbuka serta duit telah hilang,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, hasil bantuan penduduk kampung, remaja lelaki itu telah berjaya ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis.

Ujarnya, hasil siasatan awal mendapati suspek aktif melakukan kegiatan pecah tabung masjid dan surau sejak bulan September lalu.

Mohd Suhaimi memberitahu, kes disiasat bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan dengan hukuman penjara selama tempoh sehingga sepuluh tahun dan boleh juga dikenakan denda.



“Suspek akan dibawa untuk permohonan tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah pada hari ini (Isnin) bagi tujuan siasatan lanjut.

“Siasatan masih diteruskan dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian yang boleh mengganggu siasatan pihak polis,” katanya. – Sinar Harian

Pelajar dicekup curi tabung surau

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Kak Lina ‘behave’ pada minggu ketiga

Putera Mateen, Dayang Anisha bakal berkahwin Januari 2024



Aishah nak cari lelaki berduit?

Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker