Anak saya mati dalam keadaan berjihad – ibu pelatih PGA
Anak saya mati dalam keadaan berjihad – ibu pelatih PGA
IPOH: Anggota polis yang meninggal dunia dipercayai akibat serangan strok haba di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PLPGA) Ulu Kinta di sini, disifatkan ibunya sebagai seorang yang lasak, bahkan sangat bercita-cita mengikuti latihan komando.
Norizan Idris, 49, berkata arwah anaknya, Muhamad Irfan Irham Badrul Hisam, 21, yang mesra disapa ‘Irfan’ disifatkan mempunyai tubuh sangat tegap dan menjadikan aktiviti pendakian sebagai hobi.
Anak kedua dari tujuh beradik itu turut disifatkan Norizan sudah menanam cita-cita menyertai pasukan polis sejak di Tingkatan 4 bagi mengikut jejak bapa saudaranya, selain memasang impian untuk memohon menyertai pemilihan komando pada hujung tahun ini bagi pengambilan tahun depan.
“Sejurus ditempatkan di Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta selepas tamat latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Langkawi pada Januari lalu, arwah memang ada beritahu sasarannya untuk menjadi komando bagi latihan hujung tahun ini.
“Bukan perkara pelik kerana sebagai ibu yang melahirkannya, anak saya memang jenis berani dan lasak dan sebab itu saya tidak pernah menghalang minat dan cita-citanya itu,” katanya sewaktu ditemui pemberita di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, hari ini.
Norizan berkata, pada mulanya beliau dimaklumkan mengenai anaknya itu tiba-tiba rebah ketika mengikuti latihan sekitar jam 5.30 petang semalam dipercayai akibat strok haba sebelum menerima panggilan kedua 15 mimit kemudian yang memberitahu anaknya sudah meninggal dunia.
Katanya lagi, arwah Irfan tidak menghidapi sebarang penyakit serius sejak kecil dan kematian secara tiba-tiba sedikit-sebanyak menimbulkan sedikit keraguan dalam pada menyifatkan anaknya mati dalam keadaan berjihad.
“Setahu saya dia tiada penyakit, malah ketika pemeriksaan perubatan sewaktu memasuki latihan polis semuanya ‘cantik’, cukup syarat. Namun apabila Irfan mati mengejut sebegini, timbul juga sedikit keraguan namun saya percaya takdir Allah dan ‘qada serta qadar’ adalah yang sebaiknya.
“Bagaimanapun sepanjang mengikuti latihan polis, Irfan sentiasa ceria seperti sedia kala. Tak pernah dia kata dia tak seronok ikuti latihan.
“Bagi saya anak saya mati dalam jihad yang bukan semua orang dapat. Sebagai ibu memang saya sedih namun bersyukur kerana kematiannya adalah dalam tugas mempertahankan negara,” katanya.
Sementara itu, Komandan PLPGA Ulu Kinta, Superintenden Mohammad Hafiz Kadir, berkata kematian Muhamad Irfan Irham disahkan berpunca akibat strok haba menerusi proses bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik HRPB pagi tadi.
Katanya, selesai sahaja proses bedah siasat jam 10.30 pagi tadi, jenazah dibawa ke Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Kem PGA Briged Utara untuk dimandi dan dikafankan sebelum dibawa pulang ke kampung halaman di FELDA Keratong Satu, Bandar Tun Abdul Razak, Pahang untuk pengebumian.
Irfan dari Cawangan Kompeni Demo Pusat Latihan PGA, baharu sahaja melapor diri sebagai peserta kursus sejak Ahad lalu.
Irfan mulanya mengadu mengalami kekejangan kaki kiri sejak malam kelmarin dan bagaimanapun sewaktu mengikuti kelas luar petang semalam, lelaki itu tiba-tiba rebah dan diserang sawan serta dalam keadaan meracau.
Anak saya mati dalam keadaan berjihad – ibu pelatih PGA
Baca Artikel Menarik:
- Tuduhan Aliff Syukri, Kadir serah kepada peguamnya
- Saya bukan boneka DAP – Anwar bidas Mahathir
- PH-BN yakin tawan 2 negeri pembangkang – Anwar
- SPRM kesan ejen minta rasuah RM18,000 di KLIA
- Tok Mat minta semua akur dengan pembahagian kerusi
- Bella Astillah takut cakap soal cerai
- Dakwaan Mahathir berkait Perlembagaan Persekutuan fitnah – pengamal undang-undang
- Jual karipap dapat RM80k sebulan
- Lelaki biadab lawan arus, tunjuk jari tengah ditahan
- Semua keperluan dibiayai, lelaki bujang ajak ‘dating’ dengan ‘makcik’
- Kereta terbang akhirnya dibuka untuk tempahan
- Tragedi Jeram Mawar, penduduk Kampung Air Putih akui tidak akan ‘berkelah’ disitu
- Syamsul balik rumah ayah atau tidak?
- Shuib naik angin dituduh ahli Freemason
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sakan berpeluk, Yasmin Hani dan Alif Hadi disaran kahwin cepat
Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam di Muzdalifah
Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)
Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)