Rentas negeri dibenarkan dengan kebenaran khas polis

Kerajaan bersetuju melonggarkan syarat pergerakan rentas negeri bagi kes-kes tertentu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula tengah malam ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan sama ada di kawasan di kawasan PKP, PKPB, malah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) untuk ke kawasan PKP dan PKPB kecuali dengan kebenaran khas polis.

“Sekatan jalan raya oleh pihak polis akan mula berkuat kuasa pada malam Rabu 13 Januari 2021.



“Walau bagaimanapun setelah perbincangan dengan pihak polis, terdapat kes-kes tertentu diberi kelonggaran sebagai contoh bagi individu yang sudah membeli tiket penerbangan dan bas tidak perlu membatalkan tiket itu, sebaliknya meneruskan perjalanan mereka,” katanya pada sidang akhbar pada Selasa.

Pada Isnin, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan PKP untuk tempoh 14 hari bermula jam 12.01 tengah malam, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.

Arahan tersebut melibatkan enam buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Sementara itu, PKPB ke atas enam buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.



PKPP pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut.-SH

Polis tubuh pasukan khas kesan individu rentas negeri tanpa kebenaran, kata KPN



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker