Pengendali Facebook JDT Fans Club ditahan hina Sultan Johor

Pengendali Facebook JDT Fans Club ditahan hina Sultan Johor

Seorang lelaki dipercayai pengendali akaun Facebook JDT Fans Club ditahan kerana disyaki membuat hantaran dan berkongsi kenyataan berbaur penghinaan terhadap Sultan Johor, semalam.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di Alor Setar, Kedah.



Selain rampasan, beliau berkata turut dirampas telefon bimbit dan kad sim yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran terbabit.

“Suspek kini direman tiga hari bermula hari ini sehingga Isnin ini dengan siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noorsiah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian serta penghinaan terhadap mana-mana raja.

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah jenayah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.



Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform media sosial sehingga boleh mengundang kemarahan, menimbulkan rasa benci terhadap agama, bangsa dan raja serta menggugat keharmonian negara.

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya. BH

Pengendali Facebook JDT Fans Club ditahan hina Sultan Johor

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya



Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker