Anwar dan Zahid tidak hadir acara pelancaran jentera PH-BN Selangor

Kempen PH dan BN di Selangor dilihat tidak bermula dengan baik apabila sejumlah pemimpin tertinggi dua gabungan itu membatalkan kehadiran mereka dalam acara ‘Jelajah Mega Madani’.

Berdasarkan poster acara, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, timbalannya Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke – masing-masing memimpin PKR, Umno dan DAP – dijadual hadir di Dataran Kemerdekaan di Shah Alam malam ini.

Namun, Malaysiakini difahamkan ketiga-tiganya tidak akan hadir.



Ada juga laporan yang menyatakan BN Selangor menolak jemputan untuk menyertainya.

Setakat sembilan malam ini, pemimpin paling tinggi yang ada adalah Presiden Amanah Mohamad Sabu. Antara pemimpin lain yang hadir adalah Pengerusi PKR Selangor Amirudin Shari, Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo dan Ketua Pemuda PKR Adam Adli.

Jurucakap dari Pejabat Menteri Besar Selangor mengesahkan Anwar tidak dapat hadir kerana ada urusan lain “di saat akhir”.

Malaysiakini juga difahamkan terdapat perubahan dalam jadual Setiausaha Agung DAP Anthony Loke yang pada mulanya dijangka turut hadir di acara tersebut.



Semakan dengan pejabat Zahid pula mendapati pengerusi BN itu tidak dijadualkan untuk hadir ke acara itu.

Terdahulu hari ini, Timbalan Pengerusi Umno Selangor Johan Aziz dipetik Free Malaysia Today sebagai berkata, BN tidak akan menyertai acara pelancaran jentera pilihan raya itu.

Menafikan BN memboikot acara itu, Johan berkata keputusan itu selepas mereka hanya diundang untuk hadir dan tidak dilibatkan dalam perbincangan berkenaannya.

“Saya tak boleh cakap boikot, tetapi jemput itu macam tak penting. Cuma secara ‘RSVP’ (pengesahan kehadiran)…jadi kita beritahu tak datang.



“Ini (Jelajah Mega Madani Selangor) jelajah mereka, biar mereka jalan dulu,” katanya seperti dipetik.

Kata Johan lagi, satu program khas BN-PH akan diadakan tidak lama lagi selepas perbincangan diadakan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya



Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker