Pemuda PH, BN sepakat sokong Chow terus pimpin Pulau Pinang

Butterworth: Gabungan Pemuda Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menyokong Ahli Parlimen Batu Kawan, Chow Kon Yeow memimpin negeri itu bagi penggal kedua apabila berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Chow dijangka mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Menurut Ketua Pemuda PH negeri, Lee Wei Seang, kedua-dua sayap pemuda mendokong penuh untuk Chow terus mengetuai kerajaan negeri berdasarkan rekod dan pencapaian yang ditunjukkan.



“Kami (Pemuda PH dan BN) ingin memberi sokongan sepenuhnya kepada Ketua Menteri Chow Kon Yeow supaya dapat memimpin Pulau Pinang untuk penggal kedua selepas PRN.

“Pada masa sama, kami juga menyeru supaya pemuda pemudi Pulau Pinang yang tinggal di negeri lain dapat balik untuk mengundi nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Hi Tea Pemuda Perpaduan Pulau Pinang sempena PRN di Hotel Aroma, di sini, hari ini.

Majlis itu adalah pertemuan pertama kali secara bersemuka antara Pemuda PH dan BN selepas gabungan itu bekerjasama dalam membentuk Kerajaan Perpaduan.



Lee berkata, pertemuan itu adalah detik bersejarah buat kedua-dua belah sayap pemuda dan ia berjalan dengan sangat lancar.

“Ini mesyuarat dan pertemuan yang kita adakan buat pertama kali untuk membincangkan mengenai PRN antara PH yang diwakili DAP,AMK dan AMANAH manakala BN pula terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC.

“Kesemuanya berjalan sangat lancar dan tumpuan kita adalah memastikan kerajaan Pulau Pinang dapat terus ditadbir kerajaan sekarang,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha



Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya

Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial



Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker