Guru muzik mengaku tidak salah pandu bahaya, sebabkan kematian

Gambar Hiasan

Seorang guru muzik sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang wanita pada 8 Mei lalu.

Tertuduh, Oo Cheng Sing, 28, yang hadir memakai baju kemeja biru dan seluar slack hitam membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab.

Mengikut pertuduhan, Cheng Sing didakwa memandu sebuah kereta secara berbahaya hingga menyebabkan kematian seorang wanita di Jalan Loh Poh Heng, 8 Mei lalu, kira-kira pukul 10.20 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000, selain hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu lima tahun jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Atikah Asharaf Ali menawarkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, Zainal Akram Zainal Azahar memohon jumlah jaminan itu dikurangkan dengan alasan tertuduh akan memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan dijalankan.

Zainal Akram meminta jumlah jaminan dikurangkan kerana jaminan hanya untuk memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah sepanjang prosiding berjalan.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah turut menetapkan 26 Julai depan untuk sebutan semula kes

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa masuk hospital, dipukul geng Honda?

Janna Nick mohon maaf pada Ustaz Wadi

Bikers ‘Otak Kecil’ halang laluan disaman Polis

Restoran Salt Bae tidak laku kerana sering dapat ‘review’ buruk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker