Sewaan Pulau Pinang telah lama terbatal
Sewaan Pulau Pinang telah lama terbatal
Pakar sejarah, Profesor Datuk Ramlah Adam menjelaskan, isu sewaan Pulau Pinang telah terbatal sebaik sahaja Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (PPTM) 1948 ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dan wakil British, Sir Edward Gent.
Menurutnya, berdasarkan sejarah dan surat perjanjian pada tahun 1786, Francis Light hanya menyewa kepada Kedah dan ia dibayar secara tahunan.
“Bagaimanapun, selepas Pulau Pinang dikuasai oleh British, ia sudah menjadi satu perkara yang sah dan sewaan diteruskan sehingga terbentuknya PPTM 1948.
“Menerusi perjanjian tersebut, Pulau Pinang telah dimasukkan ke dalam PPTM sebagai negeri bebas daripada jajahan takluk British.
Apabila kita merdeka, sekali lagi perjanjian di antara British dan Pulau Pinang dibuat menjadikan negeri itu berdaulat.
“Jadi sebaik sahaja negeri itu ada kedaulatan rasmi, secara tidak langsung isu sewaan di antara Pulau Pinang dan Kedah tidak lagi timbul dan terbatal,” katanya.
Pada Isnin, media melaporkan, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah, hakikat bahawa tanah Pulau Pinang hanyalah dipajak perlu diperjelaskan secara terang berlandaskan fakta dan tanpa prejudis.
Sultan Sallehuddin bertitah, bagaimanapun, perbincangan mengenai perkara ini haruslah disulami dengan fakta yang berasas dan tepat.
Mengulas lanjut, Ramlah berkata, sudah menjadi lumrah apabila satu perjanjian baharu dibuat, maka persetujuan terdahulu itu secara automatik terbatal.
Tambah beliau, sewaktu membentuk Malaysia, Pulau Pinang dianggap sebagai salah satu negeri yang berdaulat walaupun tiada raja memerintah.
“Sebaik sahaja negara mencapai kemerdekaan, British melepaskan Pulau Pinang melalui surat penyerahan semula kepada orang tempatan (penduduk Pulau Pinang) dan menjadikan gabenor sebagai ketua mereka.
“Sejarah yang terjadi sebelum PPTM 1948, PPTM 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963 tidak boleh berlaku semula dan akan kekal menjadi kisah lampau,” ujarnya. Sinar
Sewaan Pulau Pinang telah lama terbatal
Baca Artikel Menarik:
- Datuk Seri ‘mafia korporat’ ditahan polis kerana ugut jenayah
- Di mana songsangnya?
- Ebit Lew pertahan Mondy dari di fitnah netizen Malaysia
- Rampas fail dan dokumen dari rumah Hamzah, LHDN tegas tiada siapa lebih besar dari undang-undang
- Inspektor Sheila buat hal lagi, kini telah tangkap Polis [VIDEO]
- Rizal Ghazali mengaku tidak bersalah cederakan teman wanita
- Doktor Yasmin, si duyung cantik
- Anak pukul mati ibu kerana tegur buat bising
- Dzuleira Abu Bakar letak jawatan
- Gosip kahwin AR Badul, Annie Arifin beri tempoh seminggu
- Anak bini balik kampung tahlil bapa, suami syok dengan perempuan lain di rumah
- Khairy pilih PKR atau BERSATU?
- Pegawai polis viral dikenakan tindakan tatatertib, jalani pemeriksaan mental
- Anggota polis cuba rogol remaja di stesen minyak ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
SPRM sedang teliti siasat OPCOM, Mahathir mohon ‘jangan melompat
Ustaz Derry bangkit bela Ebit Liew, kisah Mondy benar buka lakonan
You must be logged in to post a comment.