Hafidz Roshdi beritahu mahkamah, Nurul Shuhada sudah lama minta cerai

SHAH ALAM: Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, di sini, menetapkan 27 Julai depan untuk keputusan lafaz cerai pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi, 29, dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29.

Perkara itu dimaklumkan oleh Hafidz ketika ditemui di mahkamah selepas selesai prosiding pengesahan lafaz cerai antaranya dan Nurul Shuhada.

“Alhamdulillah, saya sudah selesai memberikan keterangan bagi kes lafaz cerai yang mana saya dan Nurul Shuhada hadir bersama bagi kes cerai difailkan pada 27 Februari lalu.



“Mahkamah sudah menetapkan tarikh seterusnya untuk keputusan, walau apapun saya tetap akan meneruskan kehidupan baharu dan mengekalkan silaturahim antara kedua-dua keluarga untuk kepentingan anak-anak.

“Hak penjagaan anak-anak akan dibicarakan kelak. Jadi, berikan kami ruang untuk mencapai kata sepakat, demi kepentingan Humairah dan Umar,” katanya.

Tambah Hafidz, dia turut menafikan beberapa perkara yang memburukkan namanya.

“Banyak sudah dikongsi dalam media sosial. Sebagai contoh, saya tidak menuduh Nurul Shuhada membuat pengguguran dan tidak sama sekali membuat laporan palsu.



“Ia adalah mengikut apa yang dimaklumkan menerusi komunikasi dalam WhatsApp.

“Saya berjumpa anak-anak, dua minggu lalu dan bukan tiga minggu lalu seperti yang dinyatakan Nurul Shuhada. Pertemuan ini berlaku selepas musim Aidilfitri.

“Itu pun selepas banyak permintaan dibuat oleh peguam bagi pihak saya, tetapi tidak berjaya.

“Instagram (IG) saya sudah digodam dan itulah sebab gambar dan video lewat dikongsi. Tiada strategi atau sebarang niat lain dalam hal ini.



“Saya tak nampak ada masalah jika saya memuat naik gambar saya bersama anak-anak pada bila-bila masa. Itu hak saya.

“Nampaknya ada pihak yang cuba mensensasikan perkara ini, tetapi mengapa? Ini kerana Humairah dan Umar adalah anak saya dan hak saya,” katanya.

Berikutan itu, Hafidz berkata, dia menyerahkan pada mahkamah dan berharap semuanya dapat diselesaikan dengan baik.

“Khusus untuk hari ini, walaupun sudah banyak sesi perdamaian dan dialog dijalankan, tetapi perceraian diminta bukan tahun ini.



“Nurul Shuhada minta diceraikan sudah lama sebenarnya. Jadi, hari ini kehendaknya sudah dituruti. Mahkamah sudah dengar dan akan putuskan mengikut undang-undang, jadi saya serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan,” katanya.

Hafidz tiba di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, kira-kira jam 10.50 pagi tadi memakai baju sut berwarna kelabu.

Yang turut hadir, ibu Hafidz, Haniza Ibrahim memakai jubah merah gelap.

Dalam prosiding hari ini, Hafidz diwakili peguam syarie, Datuk Akberdin Abd Kadir, manakala Nurul Shuhada diwakili peguam syarie, Nurfarhana Abd Manaf.



Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan hari ini bagi perbicaraan pengesahan lafaz cerai antara Hafidz dan Nurul Shuhada.

Sebelum ini, peguam syarie mewakili Hafidz iaitu Ummi Kartini Abd Latiff memaklumkan terdapat lafaz cerai di luar mahkamah yang didakwa berlaku sebanyak dua kali.

Dalam masa sama, peguam mewakili Hafidz memaklumkan Nurul Shuhada mendakwa suaminya ada melafazkan cerai lebih awal melalui aplikasi WhatsApp pada Januari lalu.

Nurul Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.



Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Seterusnya, pada 13 Mac lalu, Hafidz didakwa dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru atas pertuduhan menumbuk pipi kiri Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.

Pelakon itu membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai Majistret.

Mengikut pertuduhan Hafidz didakwa menumbuk Nurul Shuhada menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.

Mahkamah kemudian membenarkan Hafidz diikat jamin RM4,000, selain turut memerintahkan Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.

Pada 9 Jun lalu, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru, memaklumkan pihak pendakwaan Hafidz disahkan waras dan pertuduhan atasnya layak dibicarakan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM sedang teliti siasat OPCOM, Mahathir mohon ‘jangan melompat

Ustaz Derry bangkit bela Ebit Liew, kisah Mondy benar buka lakonan

Sharifah Sakinah beri amaran terakhir kepada netizen

Puteri Sarah dedah perbualan bersama ibu mentua

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker