Pintu rumah ditendang, wanita tembak mati jiran

Pintu rumah ditendang, wanita tembak mati jiran

Seorang lelaki dilaporkan maut selepas ditembak oleh jiran wanitanya di wilayah Nonthaburi, Thailand.

Memetik laporan portal Thaiger, mangsa yang berusia 35 ditahun itu ditembak oleh suspek yang berusia 42 tahun ekoran daripada perselisihan faham yang berpanjangan berlaku diantara mereka berdua sebelum ini.



Menurut Timbalan Ketua Polis Wilayah Nonthaburi, Leftenan Kolonel Polis Sompol Wongsrisunthorn mangsa yang dikenali sebagai Krisak bukan sahaja ditembak malah ditikam suspek di bahagian pinggang.

Hasil siasatan, si mati dikenali sebagai Krisak, seorang penunggang teksi motosikal berusia 35 tahun yang juga buruh kasar ditemui mati dengan tiga kesan tembakan serta sebilah pisau lipat yang ditemukan terselit di pinggangnya.

Manakala suspek yang dikenali Sujitra, ditemukan bersembunyi di dalam biliknya dengan senjata api sebelum menyerah diri kepada pihak polis selepas hampir satu jam berunding.

Semasa pemeriksaan lanjut, lebih banyak peluru ditemukan di dalam almari pakaian suspek.



Sompol turut menambah bahawa pergaduhan antara Krisak dan Sujitra itu juga berpunca daripada mangsa yang dikatakan telah menendang pintu rumah suspek sebelum ini.

Dalam pada itu, isteri kepada Krisak mendedahkan bahawa dia tidak mengenali Sujitra secara peribadi namun mendakwa suspek turut mempunyai sejarah konflik dengan orang lain.

Perisitwa tragis ini berlaku apabila suami saya bergegas ke tempat rakannya yang dikatakan bergaduh dengan Sujitra.

Dia (Sujitra) sebelum ini juga pernah menembak rumah orang lain.



Kini, Sujitra berdepan dengan tuduhan memiliki senjata api serta membunuh.
Sumber: Thaiger

Pintu rumah ditendang, wanita tembak mati jiran

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Perempuan Itu ‘panas’

‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami



Wan Rosdy sebak kenang nasib Najib

Lelaki dakwa lihat makhluk asing tinggi 3 meter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker