Kes pergaduhan di Maran, 9 lelaki akhirnya diberkas polis

Polis menahan sembilan lelaki yang dipercayai terbabit dalam pergaduan di hadapan sebuah premis kedai di Sri Jaya, Maran, kira-kira 86 kilometer dari sini pada Ahad, seperti dalam satu rakaman video yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Maran Norzamri Abd Rahman berkata, dalam insiden sekitar jam 1 tengah hari itu, tiga suspek mengalami kecederaan ringan dan telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Maran.

“Siasatan awal mendapati punca pergaduhan akibat salah faham yang mana salah seorang suspek telah meletakkan motosikal di belakang sebuah kereta dan menghalang laluan sehingga berlaku pertengkaran dengan pemandu,” katanya, menerusi kenyataan, malam ini.

Menurutnya, kesemua suspek berusia antara 23 dan 59 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Norzamri memohon agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam selain merakamkan penghargaan di atas kerjasama masyarakat sehingga pihaknya dapat menangkap suspek yang dikehendaki.

Terdahulu, tular video berdurasi lebih 20 saat di aplikasi WhatsApp yang memaparkan insiden pergaduhan membabitkan beberapa individu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS

Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel

Remaja diseksa dan dipaksa berbogel

Komplot jahat doktor pakar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker