Amyra, pengacara sukaan ramai

Amyra, pengacara sukaan ramai

SELEPAS hampir dua tahun diberi kepercayaan mengendalikan program wanita pertama di Malaysia, pengacara Nona TV3, Amyra Rosli sekali lagi dinobatkan pemenang Anugerah Hos TV/Penyampai Berita dan Hal Ehwal Semasa Paling Dipercayai pada Anugerah Malaysia Reader’s Digest 2023, baru-baru ini.

Amyra juga pelakon memenangi hati penonton dengan pembawaan bersahaja dan penampilan aura tersendiri selama dua tahun bergelar pengacara program yang mengangkat isu wanita serta masyarakat.



Sekalipun dirinya masih baharu dalam bidang pengacaraan, Amyra sentiasa terbuka meneroka ilmu pengacaraan dengan lebih mendalam dan bersedia mengutip seberapa banyak pengalaman demi menggilap kebolehan.

Pengiktirafan kali kedua ini juga menyuntik semangatnya untuk terus melebarkan sayap dalam dunia baharu diminatinya ini.

Penerbit Eksekutif Nona, Nur Irjuana Mohd Ishar berkata, pihaknya menaruh kepercayaan kepada bakat Amyra yang dilihat mempunyai tarikan dan identiti tersendiri.

“Kami memberi kebebasan dan kepercayaan sepenuhnya kepada Amyra untuk menonjolkan bakatnya sambil mengekalkan aura serta kekuatan program TV3 yang menapak puluhan tahun di Malaysia.



“Kemenangan kali kedua anugerah ini lebih meyakinkan kami bahawa Amyra adalah pilihan tepat dan selari dengan identiti Nona yang digemari ramai penonton.

“Kami berharap dengan ini Amyra dapat meluaskan sayapnya sebagai pengacara dan terus menjayakan program ini bersama seluruh kru produksi.

“Kami juga sangat berbangga untuk bekerjasama dengan Amyra dalam perjalanannya menjadi pengacara disukai ramai. Terima kasih diucapkan kepada penonton TV3 kerana meletakkan kepercayaan kepada pengacara program kami ini dan terus nantikan kandungan menarik akan datang,” katanya.

Selain Amyra, antara beberapa rakan selebriti lain turut memenangi anugerah dalam kategori berbeza seperti Alif Satar menerusi kategori Penyampai Hiburan/Variasi Paling Dipercayai dan DJ Lin bagi kategori Penyampai Radio Paling Dipercayai manakala Datuk Nicol David bagi kategori Personaliti Sukan Paling Dipercayai.



Sidang produksi Nona diketuai Pengurus Besar Majalah, Bual Bicara dan Gaya Hidup, Wan Sabariah Shikh Ali, manakala Nur Irjuana, Hazrena Mohamed Kassim dan Nurain Kamarudin selaku penerbit. HM

Amyra, pengacara sukaan ramai

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Perempuan Itu ‘panas’

‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami



Wan Rosdy sebak kenang nasib Najib

Lelaki dakwa lihat makhluk asing tinggi 3 meter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker