Penagih dadah dicekup semasa pecah masuk kedai runcit

KOTA BHARU – Seorang penagih dadah dicekup oleh penduduk kampung selepas dipercayai mencuri wang syiling dan dua bilah pisau pemotong daging semasa memecah masuk sebuah kedai runcit di Kampung Kubang Tin, Peringat di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira-kira pukul 7 pagi, suspek yang berusia lewat 20-an dikatakan masuk ke dalam kedai berkenaan dengan mengumpil pintu jeriji depan premis tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, kejadian disedari oleh pemilik kedai berkenaan sebelum menangkap suspek dengan bantuan penduduk kampung.

Menurutnya, suspek dipercayai mencuri sejumlah wang siling dan dua bilah pisau pemotong daging di dalam premis tersebut.

“Suspek kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Ujian saringan air kencing mendapati, suspek positif dadah selain mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau. Lelaki itu juga dikehendaki oleh polis bersabit dengan tiga kesalahan dadah dan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS

Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel

Remaja diseksa dan dipaksa berbogel

Komplot jahat doktor pakar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker