Lelaki tikam bekas kekasih 16 kali, pukul kepala hingga mati
Gara-gara berang hubungan cinta terputus di tengah jalan, seorang lelaki di India tergamak menikam dan memukul bekas kekasihnya dengan kepingan konkrit dalam kejadian menggemparkan pada akhir minggu lalu.
Suspek berusia 20 tahun itu telah ditahan di Uttar Pradesh pada Isnin selepas dia melakukan pembunuhan kejam ke atas mangsa berumur 16 tahun di kawasan kejiranan Rohini di ibu kota.
Rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki dikenali sebagai Sahil itu menikam mangsa sebanyak 16 kali sebelum menghempuk kepala gadis itu setelah kedua-duanya terlibat dalam pertengkaran.
Orang ramai yang berada di lokasi kejadian juga tidak cuba untuk membantu mangsa dikenali sebagai Sakshi ketika dia diserang tanpa belas kasihan oleh bekas teman lelakinya.
Polis menyifatkan ia sebagai ‘jenayah berunsur keghairahan’ berikutan pasangan berkenaan dikatakan telah menjalinkan hubungan cinta sejak 2021.
Siasatan awal mendapati Sahil ada mengugut untuk membunuh mangsa beberapa hari sebelum kejadian tersebut. – Agensi
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Zahid dah serik dengan PAS
- Aksi Panas Kak KM Buat Netizen Tak Senang Duduk
- Watie Hanifiah peserta tertua kursus perkahwinan
- Pulau Pinang milik Kedah? Anwar bidas Sanusi tak faham perlembagaan
- Jom boikot jam Swatch
- Fasha, padam gambar Kazar – Netizen
- Bikini Leona jadi bualan, Azhar Sulaiman masuk komen
- Anak saya kena 50 jahitan di muka – Bapa mangsa buli
- Ingatkan Tunku Azizah tadi
- Anwar tak mau jumpa – Sanusi
- ‘Ustaz Adam’ dah berubah’ siap tunjuk jari tengah (Video)
- Kelibat putih di katil hospital
- Lelaki solat di pekarangan gereja cetus kekecohan
- Hantu buka pintu kepada penyiasat paranormal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kau ingat hamba abdi kau ke – Reen Rahim
Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum
Pulau Pinang milik Kedah, jadi tiada isu sempadan – Sanusi