Bas terjunam ke dalam gaung, 10 maut 40 cedera

Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan lebih 40 lagi cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas dan terjunam ke dalam gaung di wilayah Jammu di Kashmir yang ditadbir India, lapor Anadolu.

Kemalangan berlaku berhampiran kawasan Jajjar Kotli semasa penumpang dalam perjalanan ke kuil gua Hindu di kawasan Katra Jammu.

“Operasi menyelamat hampir selesai. Anggota Pasukan Tindak Balas Bencana Negeri juga berada di tempat kejadian,” kata pegawai kanan polis Chandan Kohli kepada media.

Seramai 805 orang maut dan 8,372 yang lain cedera dalam 6,092 nahas jalan raya di wilayah Jammu dan Kashmir pada 2022, menurut data polis trafik.

Jammu, ibu kota musim sejuk di negeri Jammu dan Kashmiru, menyumbang jumlah tertinggi (551) kematian dan kecederaan (6,585) antara 2018 dan 2022.

Sebagai perbandingan, Srinagar ibu kota musim panas melaporkan 229 kematian dan 1,776 lagi cedera dalam tempoh yang sama.

Bilangan kemalangan yang tinggi di Jammu dikaitkan dengan keadaan jalan raya yang teruk, memandu dalam keadaan mabuk dan melulu selain muatan berlebihan. – Bernama- Anadolu

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta

Kau ingat hamba abdi kau ke – Reen Rahim

Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum

Pulau Pinang milik Kedah, jadi tiada isu sempadan – Sanusi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker