China rancang roboh masjid, penduduk Muslim China bangkit menentang
China mengerahkan ratusan anggota keselamatan dan membuat sejumlah tangkapan di bandar didiami komuniti Muslim di bandar barat daya negara itu selepas insiden pertempuran ganas tercetus.
Penduduk di bandar Nagu, wilayah Yunnan melancarkan bantahan tegas terhadap rancangan untuk merobohkan empat menara dan bumbung kubah Masjid Najiaying.
Kawasan tersebut dihuni etnik Hui yang sebahagian besarnya adalah orang Islam yang turut menjadi sasaran pihak berkuasa sebelum ini.
Menerusi rakaman video yang menjadi tular di media sosial pada akhir minggu lalu, kumpulan penunjuk perasaan di luar masjid itu turut membaling pelbagai objek ke arah anggota keselamatan yang berkawal di lokasi tersebut.
“Masjid merupakan ‘rumah’ bagi Muslim seperti kami. Kami tidak akan sesekali benarkan mereka melakukan langkah perobohan itu. Ia hanyalah sebuah struktur yang tidak mendatangkan sebarang ancaman kepada orang ramai.
“Kenapa mereka tetap mahu robohkan?” kata seorang penduduk tempatan yang enggan identitinya didedahkan.
Sehingga Isnin, anggota keselamatan masih berkawal di bandar itu.
Pada Ahad, pemerintah Tonghai yang mentadbir Nagu memaklumkan siasatan telah dilancarkan ke atas kes tersebut yang didakwa mengganggu pengurusan dan ketenteraman sosial
Notis tersebut juga mengarahkan individu supaya menghentikan ‘aktiviti jenayah dan melanggar undang-undang’ serta berikrar untuk mengenakan tindakan tegas terhadap pelaku yang enggan menyerah diri.
Sejak 2019, dianggarkan kira-kira sejuta etnik Uighur, Hui dan kumpulan minoriti Muslim lain telah ditahan di wilayah Xinjiang di bawah kempen yang turut dikecam komuniti antarabangsa. – AFP
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Zahid dah serik dengan PAS
- Aksi Panas Kak KM Buat Netizen Tak Senang Duduk
- Watie Hanifiah peserta tertua kursus perkahwinan
- Pulau Pinang milik Kedah? Anwar bidas Sanusi tak faham perlembagaan
- Jom boikot jam Swatch
- Fasha, padam gambar Kazar – Netizen
- Bikini Leona jadi bualan, Azhar Sulaiman masuk komen
- Anak saya kena 50 jahitan di muka – Bapa mangsa buli
- Ingatkan Tunku Azizah tadi
- Anwar tak mau jumpa – Sanusi
- ‘Ustaz Adam’ dah berubah’ siap tunjuk jari tengah (Video)
- Kelibat putih di katil hospital
- Lelaki solat di pekarangan gereja cetus kekecohan
- Hantu buka pintu kepada penyiasat paranormal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta
Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum