Watie sudah boleh nikah
Watie sudah boleh nikah
Menghitung hari, usahawan Watie Hanifiah kini boleh melalui urusan pernikahan dengan pelawak Shuib selepas selesai menjalani kursus perkahwinan baru-baru ini.
Watie, 35, memberitahu dia merupakan peserta tertua dalam kelas kursus perkahwinan tersebut.
“Peserta Tertua. Tidak mengapalah, orang kata yang lambat selalunya sebab Allah SWT nak beri yang terbaik dan paling tepat.
“Mungkin sebab selalu dengar kata orang, akhirnya dapat, #sabarituindah,” katanya menerusi sebuah entri dalam Instagram.
Dalam perkongsian lain, dia juga memuat naik foto sijil kursus perkahwinannya selain turut berkongsi rasa teruja apabila sudah melepasi satu tahap untuk bergelar seorang isteri kepada Shuib.
“Yeay! Sudah boleh kahwin kan Shuib?” katanya lagi.
Berita tentang hubungan antara Shuib dan Watie bukan lagi rahsia selepas penyampai radio Suria FM itu mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga pada 23 Jun depan.
Sebelum itu, pasangan kekasih itu telah mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup di kediaman Watie di Shah Alam, Selangor.
Menerusi perkahwinan Shuib dan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan kini berusia setahun.
Pada 8 Ogos 2021, industri hiburan tanah air digemparkan dengan berita kematian Siti Sarah akibat jangkitan Covid-19. K Online
Watie sudah boleh nikah
Baca Artikel Menarik:
- Misteri Bezza FF2 terjawab
- Sokong calon DAP atau hilang kuasa, Umno diberitahu
- Jam tangan Swatch dirampas tertera huruf LGBTQ, kata sumber
- Kejatuhan ringgit membawa kebaikkan kepada ekonomi negara – Rafizi Ramli
- Tang mana ‘untold’?
- ‘Ah long bangang’ tersalah pecah kereta, serang rumah jiran
- PN beri projek RM654 juta tanpa tender, mana penjelasan?
- Shila Amzah dan Ubai sahkan akan bernikah tahun ini
- Lelaki bunuh dan makan daging warga emas, dihantar ke hospital mental
- Tikam rakan kerana skandal dengan isteri
- Baby Shima diminta ‘berehat’
- Tiz Zaqyah, Keith Foo bercinta?
- Dikecam bagi isteri beranak lagi, Ini jawapan balas Fizo Omar
- Zahid kata PAS jangan perasan, tiada siapa pelawa sertai Kerajaan Perpaduan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Qistina Raisah Mahu Puteri Balqis Cerita Hal Sebenar
Pengacara terkenal pilih untuk ‘Free-Hair’ sambut ulang tahun ke-39
Hanya kerana iPhone, wanita muda sanggup jadi pelacur online