Mimi Lana syukur Perempuan akhirnya ditayang

Mimi Lana syukur Perempuan akhirnya ditayang

Sedang menunggu waktu bertukar status bergelar isteri orang, pelakon Mimi Lana mengakui drama kontroversi lakonannya, Perempuan Itu banyak mengajarnya perihal perkahwinan dan hak seorang wanita dalam agama Islam.

Mimi atau nama penuhnya Mimi Roziana Zainal Abdini, 28, berkata meskipun drama lakonannya itu menerima tentangan hebat, dia percaya Perempuan Itu sarat dengan mesej yang boleh dikongsi dengan para penonton.

“Walaupun drama ini dilanda kontroversi, saya mempelajari pelbagai perkara berkaitan ilmu agama.

“Saya juga belajar hak sebagai seorang wanita dalam rumah tangga dan paling penting adalah tentang martabat serta tanggungjawab seorang wanita di dunia,” katanya.

Melahirkan rasa syukur Perempuan Itu akhirnya bakal bersiaran, dia berharap penonton mendapat manfaat daripada pengajaran daripada jalan cerita drama tersebut.

“Perkara yang baik dijadikan teladan dan buruk dijadikan sempadan. Saya sangat sayangkan karya ini kerana isinya yang penuh dengan pengajaran.

“Saya juga sangat sangat sayangkan setiap orang yang terlibat dalam karya ini dan harap semua orang dapat bersedia dan menerima dengan hati yang terbuka sebelum menonton.

“Hal baik datang daripada Allah SWT manakala yang buruk daripada kami semua,” katanya lagi.

Pada Mac tahun lalu, Zul Ariffin yang juga hero drama Perempuan Itu menerima kecaman hebat selepas memuat naik sedutan babak panas lakonannya bersama Siti Hariesa.

Babak panas memaparkan Zul mendukung Siti Hariesa itu dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tontonan masyarakat di pelbagai peringkat umur.

Disebabkan onar tersebut, aktor bertubuh kekar itu dihadapkan di Mahkamah Sesyen Sepang sebelum mengaku bersalah dan didenda sebanyak RM30,000 kerana memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial.

Selain Zul dan Mimi, Perempuan Itu arahan Ain Sharif itu turut dibintangi Eman Manan dan Amar Asyraf. K Online

Mimi Lana syukur Perempuan akhirnya ditayang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Qistina Raisah Mahu Puteri Balqis Cerita Hal Sebenar

Kami bukan ramas punggung pun – Aliff Syukri

Pengacara terkenal pilih untuk ‘Free-Hair’ sambut ulang tahun ke-39

Hanya kerana iPhone, wanita muda sanggup jadi pelacur online

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker