300,000 pelajar lepasan SPM pilih kerja kilang, e-hailing

300,000 pelajar lepasan SPM pilih kerja kilang, e-hailing

Hanya sekitar 40 peratus daripada purata 500,000 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) direkod melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi atau menyertai Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) setiap tahun.

Perkara itu didedahkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika membangkitkan kepentingan pelajar menengah di negara ini didedahkan kepada ilmu keusahawanan di peringkat sekolah lagi.



Rekod berkenaan, katanya, menunjukkan baki mereka yang tidak melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi berkemungkinan besar menyertai sektor pekerjaan, terutama perkilangan dan perkhidmatan penghantaran makanan atau barangan atau e-hailing di negara ini.

“Statistik merekodkan hanya 40 peratus daripada 500,000 lepasan SPM melanjutkan pengajian ke Tingkatan Enam, institusi pengajian tinggi (IPT) atau TVET setiap tahun.

Ini bermakna sekitar 300,000 daripada jumlah itu tidak melanjutkan pelajaran.

“Baki 300,000 itu mungkin bekerja dalam sektor kilang atau e-hailing dan terus menambah jumlah penduduk dalam kumpulan B40 di negara ini.



“Kita tidak mahu ini berterusan, sekali gus ilmu keusahawanan perlu jadi subjek teras sekolah menengah untuk lahirkan usahawan berpendapatan tinggi,” katanya selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia (Belia 4B) kali ke-42 dan 43, di sini semalam.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM150,000 daripada Kementerian Kewangan untuk Belia 4B menjalankan program berkaitan keusahawanan kepada kumpulan sasar pertubuhan itu di negara ini.

Terdahulu pada Februari lalu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengumumkan kajiannya yang mendapati 97.71 peratus pekerja gig dalam perkhidmatan e-hailing di negara ini ialah golongan belia berusia 15 hingga 30 tahun, manakala bakinya dewasa berusia lebih 60 tahun.

Maklumat pekerjaan dan pendapatan pula mendapati 73.98 peratus pekerja perkhidmatan berkenaan menjadikan kerjaya itu sebagai sumber pendapatan utama, manakala 70.35 peratus pula menjadikannya pekerjaan utama.



Kajian DOSM juga mengenal pasti 1.46 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja perkhidmatan berkenaan adalah pelajar.

Bagi menangani isu terbabit, Ahmad berkata, pendidikan keusahawanan wajar diperkenal dan dijadikan subjek teras peringkat sekolah menengah dalam usaha mewujudkan ‘bangsa usahawan’ dalam kalangan belia.

Jelasnya, beliau membangkitkan perkara itu pada mesyuarat Majlis Pekerjaan Negara (MPN) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan turut dihadiri Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, baru-baru ini.

“Saya mencadangkan kurikulum sekolah menengah diubah dengan memasukkan subjek keusahawanan.



“Ia wajar dijadikan subjek bersendiri sebagaimana subjek lain untuk kurikulum Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.

“Ini kerana usahawan perlu mempunyai ilmu perniagaan lebih meluas an kaedah pemasaran efektif bagi mencapai kejayaan.

“Lebih ramai usahawan, lebih mudah sesebuah negara itu maju,” katanya berharap Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan cadangan berkenaan.

Ahmad berkata, kerajaan juga memberi perhatian kepada bidang keusahawanan dengan memperuntukkan sehingga RM40 bilion sebagai kemudahan pembiayaan pinjaman kepada usahawan. BH



300,000 pelajar lepasan SPM pilih kerja kilang, e-hailing

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik



Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker