Shila Amzah dan Ubai sahkan akan bernikah tahun ini

Penyanyi Shila Amzah, 33,  bakal menamatkan zaman jandanya dengan pempengaruh, Ubai, 25, tahun ini.

Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli berkata, perancangan itu adalah hasil perbincangan keluarga kedua-dua pihak, namun bergantung kepada kesihatan ibunya yang menghidap kanser ovari.

“Kalau ikut perbincangan awal, keluarga kami ingin pernikahan serta resepsi dijalankan dalam tahun ini juga, tetapi kita tengok dulu keadaan kesihatan emak saya.

“Buat masa ini doktor maklumkan emak perlu menjalani enam sesi kimoterapi dan setakat ini sudah tiga sesi dilakukannya.

“Apa-apa pun kita tengok dulu tarikh bersesuaian iaitu selepas selesai sesi kimoterapinya nanti. Paling penting kesihatan emak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Menurut Ubai, ibunya, Rohani Jamal, 52, disahkan kanser ovari tahap tiga sejak enam bulan lalu yang turut mengakibatkannya tidak dapat berjalan.

Katanya, dugaan bertubi-tubi hadir selepas itu apabila adik lelaki yang menjaga ibu mereka pula meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya pada 3 Mei lalu.

“Besar ujian keluarga kami. Namun emak minta saya dan Shila teruskan saja majlis pertunangan yang telah dirancang sebelum ini,” ujarnya.

Menurut Ubai, dia tiada niat berahsia, sebaliknya majlis pertunangan yang berlangsung pukul 2.30 petang hanya dihadiri sekitar 150 jemputan membabitkan saudara mara dan kenalan rapat.

“Saya datang daripada keluarga besar dan rapat, begitu juga dengan Shila yang mahu semua insan terdekat kami ada pada hari istimewa itu,” katanya.

Ditanya mengenai kehadiran ayah tunangnya, Datuk ND Lala, akui Ubai walaupun tidak sempat berbual panjang. Bagaimanapun, bakal bapa mentuanya ada mengucapkan tahniah atas pertunangan tersebut.

“Sebelum ini saya pernah berjumpanya beberapa kali. Semalam pun beliau tiba sebelum majlis bermula iaitu sekitar pukul 2 petang lagi,” kongsinya lagi.

Pada acara itu, pihaknya hanya membawa cincin risik serta cincin tanda untuk Shila yang disarungkan ibunya sendiri.

“Emak nampak bertenaga semalam biarpun perlu didukung abang untuk naik ke pelamin bagi menyarungkan cincin.

“Baik saya, mahu pun Shila, kami mendahulukan kesihatan emak yang sememangnya mahu lihat kami disatukan segera,” tambahnya.

Semalam, Ubai dan Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 32, mengejutkan ramai apabila berkongsi gambar pertunangan mereka dalam media sosial. – KOSMO! ONLINE

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker